Uncategorized

Episod akhir 7 hari mencintaimu 2 bocor, penulis novel buat laporan polis

Drama 7 Hari mencintaimu bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Drama yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu dan telah memenangi beberapa anugerah. Sambungan drama ini juga tidak kurang hebatnya bahkan makin hebat dari sebelumnya. 7 Hari Mencintaimu 2 juga turut mendapat tempat di hati penonton bahkan setiap hari tular tentang watak watak di dalam drama tersebut.

Turut mencetuskan fenomena, ramai yang tidak sabar menantikan drama ini setiap hari dan kesudahan pergolakan rumahtanggan antara Mia Adriana dan Khuzairi. Mia yang berkorban cintanya demi Khuzairi pasti membuatkan ramai menangis di saat saat akhir ini kan. Khuzairi yang masih tidak tahu niat sebenar Mia mengangapkan yang isterinya sudah tidak menyayanginya dan ingin dia mengahwini Nurul.

Agak agak apakah kesudahan drama ini melalai sudutan drama ini Khuzairi sudah lengkap berbaju pengantin. Pasti ramai tertanya tanya dan tidak sabar untuk menantikan episod akhir ini.

Tetapi ada individu yang tidak bertangungjawab berkongsi episod penuh untuk episod akhir di twitter. Individu tersebut di katakan mengambil kesempatan untuk mendapatkan publisiti.

Menerusi perkongsian daripada instagram penulis asal drama ini Siti Rosmizah dia berkongsi gambar laporan polis yang dia sudah buat pagi tadi. Individu itu memuat naik episod akhir di twitter. Menurut penulis drama tersebut dia kesal dengan sikap sesetengah individu yang mengambil kesempatan dan tidak hormat karya orang.

Dia juga sempat memberi amaran kepada yang ada simpanan episod akhir drama tersebut untuk tidak siarkan di umum jika tidak akan di kenakan tindakan sewajarnya.

Perkongsiannya kemudian di padam setelah 2 jam. Mungkin tidak ingin mencetuskan lagi kontr0versi. Siapakah gerangan individu yang tidak bertangungjawab itu kan. Sanggup berkongsi dan mer0sakkan karya orang dan juga drama tv3 semata mata ingin publisiti.

Ramai yang menyokong hasil karya dari Siti Rosmizah dan mengharapkan agar tv3 terus siarkan drama adaptasi novel daripada karya Siti Rosmizah.

Jika betul sudah ramai yang menonton episod akhir drama 7 Hari Mencintaimu 2, tidak menjadi kejutan lah kan episod akhir. Sudah pasti majoriti daripada peminat drama ini menantikan ending drama ini. Adakah endingnya sedih ataupun happening. Apakah kesudahan perkahwinan antara Khuzairi dan Nurul.

Semoga semua team drama 7 Hari mencintaimu 2 terutamanya penulis asal drama ini juga terus kuat dengan ujian ini biasalah kan drama ini terlalu trending di laman sosial pasti akan ada yang ingin mengambil kesempatan.

Apa apa pun drama 7Hari mencintaimu 2 sangat best dan semua watak memberi pengajaran yg sangat mendalam kepada penonton. Syabas kepada penulis asal drama ini.

Sumber : Ig sitirosmizahsemail

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.