Uncategorized

“Dah 5 bulan kan Scha, Wow perut masih tak nampakla..” – Netizen

Mengetahui terdapat cahayamata di dalam diri seseorang ibu itu adalah satu anugerah yang tiada gantiannya. Perasaan itu hanya boleh dirasai oleh insan yang bergelar ibu sahaja. Melihat perut semakin lama semakin membesar mengatakan bayi didalam kandungan juga membesar dengan sihat. Itulah perasaan bahagia yang tidak semua orang dapat bayangkan kecuali ibu itu sendiri.

Namun pengalaman mengandung yang dirasai oleh setiap insan bernama ibu ini tidak lah sama semuanya. Masing-masing punya kisah senyum dan tangis mereka yang tersendiri. Apa yang sama adalah kasih sayang mereka terhadap kandungan mereka makin kuat dan mahu yang terbaik untuk kandungan mereka. Begitulah juga pelakon dan model tempatan kita, Scha Alyahya yang sekarang sedang mengandungkan anak keduanya.

Baru-baru ini, pelakon dan model jelita tersebut telah berkongsi sebuah gambar akan dirinya yang sedang menaiki lift dengan caption beliau “Mommy dah selesai”. Kelihatan juga beliau sedang memakai baju ‘dress’ yang agak fit melihatkan ‘babybump’ beliau.

View this post on Instagram

Mommy's done !

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Apa yang menarik perhatian netizen adalah ‘babybump’ Scha Alyahya yang berusia 5 bulan terebut kelihatan sangat kecil membuatkan Scha dapat memakai lagi baju-baju mengikut saiznya yang kecil.

Ada juga rakan artis seperti Ning Baizura yang memuji bahawa pengalaman mengandung memang sesuai untuk Scha kerana beliau boleh selesa bergaya walaupun mengandung. Bukan itu sahaja, ada juga yang terkejut kerana melihat ‘babybump’ model tersebut sangat kecil walaupun sudah berusia 5 bulan.

Setiap ibu itu melalui proses mengandung dan kelahiran yang berlainan untuk setiap anak. Namun, ibu yg mengandung harus selalu diingatkan untuk cuba mencari masa rehat walaupun harus bekerja. Kita doakan agar kandungan kedua Scha Alyahya ini membesar dan dilahirkan sihat sejahtera.

Sumber ig : schaalyahya

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.