Umum

“Comeynya anak dara tu, anak pak cik single lagi tak” – Netizen

Apabila kita sudah punyai keluarga dan secukupi dengan kehadiran anak-anak tercinta, pasti kita mahu tunjuk kepada semua bahawa kami punyai keluarga yang bahagia. Lebih-lebih lagi pada bulan Syawal yang baru sahaja menjelma dalam perintah kawalan pergerakan ini, ramai yang masih meraikan hari raya dan berkongsi gambar-gambar indah mereka bersama keluarga tercinta.

Begitu jugalah dengan artis-artis tempatan kita yang berkongsi momen-momen mereka menyambut hari raya bersama keluarga sambil mematuhi SOP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Ini termasuk pelakon dan pelawak veteren, Farouk Hussain yang juga seperti orang lain mahu menyambut hari rayanya bersama kelurganya.

Tidak semua ketahui bahawa pelakon yang berkaliber ini punyai seorang anak gadis yang cukup jelita. Kecil manis berambut ikal mayang, anak gadis pelakon tersebut telah mengambil perhatian netizen di luar sana.

Pada Syawal yang mulia itu, pelakon veteren itu berkongsi momen keluarganya sekaligus berkongsi wajah anak tunggalnya itu yang kelihatan sangat jelita memakai baju kurung berwarna merah. Secantik namanya, Sabrina kini sudah berusia 22 tahun.

Netizen sangat mengagumi kecantikan dan kecomelan Sabrina dan bertanyakan status beliau adakah masih bujang atau berpunya.

Sangat tidak sangka Farouk punyai anak dara yang sangat ‘cun’ sekali. Dilihat didalam akaun instagram Sabrina, beliau kelihatan amat meminati budaya korea dan beberapa artis-artis dari sana. Beliau juga dilihat sebagai seorang yang sangat peramah dan lembut orangnya dalam laman instagram beliau.

sumber : ig faroukhussain1967

Artikel ini disediakan oleh OrenLaici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.