Tanpa sedar sudah hampir 12 tahun psangan Mawi dan Ekin telah mendirikan rumahtangga. Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah mendirikan rumah tangga bersama Ekin atau nama sebenarnya Nora’ashikin Rahmat pada 20 Disember 2008. Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan Cahaya Malaika yang kini berusia 8 tahun. Pejam celik dah besar dah anak Mawi dan Ekin. Semakin besar semakin cantik anak dara Mawi. Dah boleh dapat adik baru tu.
Fenomena dan populariti yang dikecapi Mawi suatu masa dulu membuatkan Ekin menerima tempiasnya kerana bersuamikan seorang yang sangat popular. Beliau pernah diberikan pelbagai label oleh masyarakat ketika itu.
Namun itulah yang dinamakan jodoh. Rezeki Ekin kerana dikurniakan seorang suami yang penyabar seperti Mawi membuatkan rumahtangga yang dibina masih bertahan sehingga kini. Kekuatan Ekin untuk menghadapai pelbagai tomahan daripada masyarakat ketika itu amat dikagumi oleh para peminatnya.
Menyingkap perkembangan terkini mengenai diri Mawi pula, beliau kini selesa menjadi penyampai radio di stesen radio Zayan. Stesen radio tersebut berkonsepkan Islamik yang memainkan lagu-lagu berunsur positif dan ketuhanan amat bersesuaian dengan imej dirinya.
Ibarat pep4tah mengantuk disorongkan bantal, peluang yang datang tidak disia-siakan oleh dirinya. Impian untuk menjadi seorang penyampai radio merupakan cita-cita asal dan tujuan utama beliau menyertai program realiti televisyen akademi fantasia beberapa tahun yang lalu.
Meskipun sudah menggapai apa yang diingini selama ini namun Mawi berkata beliau tidak akan sesekali mngalkan bidang nyanyian. Di stesen radio tersebut Mawi mengendalikan slot Salam Bros bersama penyampai radio baharu iaitu Anas Tahir yang merupakan adik kepada penyanyi terkenal Faizal Tahir.
Pada sambutan hari raya yang lepas, Mawi telah memuatnaik video diinstagram yang memaparkan dirinya dan isteri saling bersalaman dan bermaaf-maafan. Membuat caption ringkas meluahkan rasa kasih sayang pada isteri tercinta, video tersebut diakhiri dengan ucapan selamat hari raya daripada Mawi, Ekin dan juga anak perempuan tunggalnya.
Entri tersebut dibanjiri ucapan Selamat Hari Raya dan salam kemaafan daripada para pengikut instagramnya. Menariknya gelagat mereka tiga beranak yang duduk di atas sebuah kerusi sofa mencuri tumpuan netizen. Comel je semuanya muat duduk dalam sebuah kerusi.
Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu begitulah umpama kehidupan yang dilalui oleh Mawi. Tahniah kerana menjadi seorang artis yang banyak memberikan inspirasi buat orang ramai. Semoga keluarga Mawi sentiasa dilimpahi rezeki dan bahagia selalu hendaknya. Amin.
Sumber : Instagram cahayaasmawi
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.