Hiburan

“Cantiknya kasut Baem, mesti beribu kan” – Netizen

Datin Shahida dan Datuk Aliff amat menitikberatkan kebajikan anak-anak. Mereka berdua sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak dan sentiasa sabar dalam melayani ragam anak-anak yang sedang membesar dengan penuh kelembutan. Mengenali keperibadian Datin Shahida, walaupun bergelar seorang datin namun status tersebut tidak pernah menghalang dirinya daripada menjadi seperti orang biasa yang melayani anak tanpa bantuan orang gaji. Beliau lebih selesa menguruskan anak-anak beliau sendiri.

Keperibadian Datin Shahida yang sentiasa merendah benar-benar telah menarik perhatian orang ramai. Ramai yang kagum dengan sikap rendah dirinya yang tidak mempunyai lagak seorang Datin dan sentiasa ingat kepada asal usul diri.

Hasil perkahwinan mereka hampir 13 tahun, mereka berdua dikurniakan 6 orang anak. Kini Datuk Aliff sedikit demi sedikit sudah mula memberikan pendedahan buat anak-anak untuk belajar berniaga dan juga mempromosikan produk.

Memuatnaik beberapa keping gambar,Datin Shahida bercerita mengenai perangai anak-anak yang agak leka bermain jika pergi ke pulau. Menurut Datin, beberapa orang anaknya yang kecil masih boleh dikawal namun anak sulungnya Ammar sudah kian membesar dan sukar dikawal lagi.

Menarik perhatian menerusi ruangan komen ada seorang individu yang bertanya mengenai kasut yang dipakai oleh Baem. Individu tersebut memuji kasut Baem yang cantik dan menyangkakan bahawa harga kasut Baem itu mungkin berharga ribuan ringgit.

Membalas komen berkenaan, Datin Shahida mengatakan beliau hanya membeli kasut tersebut di Giant sahaja.

Kagum betul dengan sikap Datin Shahida ni. Sangat merendah diri. Tak memilih dan tak menjaga standard pun untuk membeli di kedai yang berjenama mewah seperti seseorang yang bergelar Datin.

Sumber: Instagram shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.