Umum

“Boleh masuk kelas inggeris ni Kri, Tr4uma aku dgr english ko” – Netizen

Untuk menjadi orang yang berjaya, kita haruslah menimba ilmu dahulu. Ilmu yang ditimba itu walaupun hanya belajar ilmu tambah dan tolak, ia sedikit sebanyak akan membantu kita pada masa akan datang kelak. Lebih-lebih lagi untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang itu harus pelajari asas-asas pengiraan untuk tujuan pengiraan keuntungan dalam perusahaan mereka kelak.

Selain daripada itu, usahawan yang berjaya mestilah mempelajari ilmu komunikasi supaya mereka punyai keyakinan dalam mempromosikan produk atau servis mereka. Ilmu komunikasi juga memerluukan kita pelajari lebih dari satu bahasa. Seperti kita ketahui, Malaysia adalah antara negaa yang menerima banyak pengunjung dari luar negara dan mereka datang ke sini untuk melihat dan pelajari budaya kita sekaligus pasti mahu membeli produk atau servis kita.

Makanya, mempelajari bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris adalah sangat penting dalam menarik pengunjung luar negara datang dan membeli dan mencuba produk dan servis kita. Begitu juga Dato Aliff dimana walaupun beliau sudah bergelar jutawan, beliau juga punyai banyak kelurangan dalam menjadi usahawan yang berkualiti.

Walaupun Dato’ Aliff sudah menjadi usahawan terkenal namun beliau masih harus perbaiki ilmu bahasa Inggeris beliau supaya beliau dapat fasih berbahasa inggeris dengan sesiapa sahaja dengan yakin. Ini kerana dalam video kongsian beliau sendiri telah menunjukkan beliau mencuba untuk berbahasa Inggeris dengan seorang warga asing yang mengunjung ke resort miliknya.

View this post on Instagram

Happy yee… resort saya didatangi oleh pelbagai orang contohnya orang Arab yang datang bercuti di Resort saya @sugehhillresortjandabaik . Saya tidak pandai bahasa English tetapi saya cuba untuk belajar berkomunikasi dengan orang luar Negara. . . Alhamdulillah Resort saya menjadi pilihan orang cina, Arab dan juga luar negara. Doakan saya belajar lebih mahir lagi untuk lebih fasih bahasa English dan memajukan perniagaan saya… tag member korang yg suka holiday konsep kampung . . Kepada anda yang nak booking di @sugehhillresortjandabaik janda baik korang.. boleh whatsapp pada no Telefon yang tertera di bawah. ..kalau korang nak murah datang lah hari isnin sampai Khamis ada diskaun … sehingga separuh harga.. Call/Whatsapp segera 012-3278133 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.. Atau anda boleh datang terus di lobby utama kami sedia melayan anda… Tempahan online www.sugehhillresort.com

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Dilihat di dalam video tersebut, Dato’ Aliff sedang melayani seorang pengunjung luar negara dan dan mengajak pengunjung tersebut melihat persekitaran resortnya di Janda Baik, Pahang. Apa yang agak kelakar adalah Dato’ Aliff berbahasa Inggeris dengan begitu yakin sekali dengan pengunjung asing tersebut.

Para netizen kelihatan seperti agak kecewa selepas Dato’ Aliff berbahasa Inggeris begitu. Ada juga yang mencadangkan Dato’ untuk memasuki kelas pelajari bahasa Inggeris dan “trauma” mendengar Dato’ Aliff berbahasa Inggeris. Ada juga yang terhibur dengan keletah Dato’ yang begitu yakin dengan bahasa Inggerisnya.

Paling tidak, Dato’ Aliff tetap mencuba untuk memperkenalkan resortnya sendiri dan tidak mengharapkan staffnya untuk mempromosikan resortnya itu. Namun, bahasa Inggeris Dato’ Aliff masih banyak perlu diperbaiki dan sebaiknya beliau mendapatkan seseorang yang dapat mengajarnya berbahasa Inggeris dengan baik. Ianya adalah bagus kerana berbahasa Inggeris akan membuatkan Dato’ Aliff dilihat sebagai usahawan yang berjaya dan berkualiti.

sumber :  ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.