Hiburan

Bawa anak saudara sendiri masuk ICSYV, satu studio kecoh bahan Shuk

Kemunculan kembali program I Can See Your Voice Malaysia yang telah mula bersiaran pada Ahad baru-baru ini ternyata memberi kejutan luar biasa apabila salah seorang peserta yang dikenali sebagai D. Muhd Shyukur Ashrey merupakan anak buah kepada pelakon dan pengacara terkenal. Siapa sangka, semua panel juri dan para penonton begitu teruja untuk mengetahui siapakah gerangan pelakon serta pengacara ‘terkenal’ itu.

Shuk Sahar juga tampil memberitahu kepada Naim Daniel bahawa bapa saudara kepada peserta berkenaan akan berasa kecewa jika Naim salah meneka mengenai kebenaran di sebalik pemilik suara itu. Tidak semena-mena, gelagat Shuk juga telah menimbulkan rasa curiga kepada semua panel juri jemputan apabila Shuk kelihatan tersengih ketika memperkenalkan Shyukur.

Shyukur memulakan nyanyiannya dan telah mendedahkan sendiri nyanyian sumbangnya kepada juri yang telah berjaya meneka dengan betul. Memang ‘kelaut’ habis nyanyian dia.

Selesai sahaja nyanyian Shyukur, identitinya sebagai anak buah kepada pengacara dan pelakon terkenal telah didedahkan apabila satu studio rancangan tersebut menjadi kecoh selepas mengetahui bapa saudaranya ialah Shuk sendiri. Haru-biru satu studio dibuatnya….

Dengan perkataan ‘terkenal’ itu telah membuatkan semua juri tidak berpuas hati terutamanya Jihan Muse. Panel juri jemputan pun terhibur dengan tayangan episod semalam dan berdebar menantikan pendedahan di sebalik identiti bapa saudara kepada Shyukur itu. Nama pun hampir sama yaa..

Dalam pada itu, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi menerusi ruangan komen dan kelihatan terhibur dengan episod semalam.

Netizen juga berpusu-pusu untuk mengikuti laman instagram anak buah keapda Shuk itu.

“Serious pecah perut do”-Netizen

“Muka comel tapi penyamar hahaha”- Netizen

Memang kelakar habis episod ICSYVM kali ni, Shuk pun pandai cover line tak nak terkantoi hehe…

J0m tonton vide0 penuh anak saudara Shuk ni. Lawak habis.

Sumber: instagram tv3_malaysia

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.