Sebagai ibubapa, kita seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik untuk anak-anak kita dan mendidik mereka agar menjadi manusia yang menghormati orang dan hormat akan perkara-perkara yang melibatkan budaya dan agama kita. Mengajar mereka budaya dan agama kita adalah untuk mereka punyai hala tuju hidup dan tidak tersasar dari apa yang sepatutnya diikuti.
Seperti ibubapa lain juga, Siti Sarah dan pas4ngan juga mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Siti Sarah sebagai ibu pasti mahu anak-anak mempelajari tentang adab akan sesuatu perkara dan kepentingan adab tersebut dalam kehidupan kita.
Menjaga adab itu juga antara tuntutan agama Islam dan sebagai orang Islam dan seorang ibu, pasti ibu mahukan anak-anaknya menghormati bulan-bulan Islam. Begitulah Siti Sarah yang mahu anak-anak ketahui ketika ini sudah memasuki bulan Syaaban dimana sebagai orang Islam haruslah menghormati kerana bulan ini adalah bulan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.
Dilihat di dalam video berkenaan, anak-anak Siti Sarah sedang bermain aplikasi Tiktok tetapi disergah oleh Siti Sarah yang mengingatkan mereka akan sekarang adalah bulan Syaaban dan sebaiknya membaca al-Quran.
Ramai netizen terhibur melihat kerenah anak-anak Siti Sarah dan memuji sikap Siti Sarah yang punyai kesedaran akan menghormati bulan islam Syaaban ketika ini dan sudi untuk menegur anak-anaknya untuk menghormati bulan mulia ini.
Ada juga netizen yang bergurau mengusik dengan mengatakan jangan sampai Siti Sarah melaungkan azan di telinga anak-anaknya.
Sikap Siti Sarah ini harus dicontohi kerana tidak ramai ibu bapa mengajar anak-anaknya mengenai adab tentang menghormati bulan-bulan islam. Mungkin ianya tidak nampak penting dalam kalangan masyarakat kita tetapi jika menghormati bulan islam ini diajar dengan elok, ia akan menjadikan anak-anak kita sebagai modal insan pada masa hadapan.
sumber : ig sitisarahraissudin
Artikel ini disediakan oleh Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.