Umum

“Asyik main Tiktok je, halia ngn kunyit pun tak kenal” – Datin Shahida

Dalam hidup berkeluarga, anak perempuan dalam pelbagai bangsa sering dilihat sebagai individu yang sangat penting dalam sesebuah isi rumah. Mereka selalunya diterapkan mentaliti untuk menjadi wanita yang rajin dalam mengendalikan hal-hal rumah seperti mengemas, memasak dan sebagainya. Ini termasuk juga lah yang berlaku dalam masyarakat Melayu dalam Malaysia. Anak perempuan walaupun yang belum baligh sudah diajar untuk mengendalikan segala kerja rumah sebagai persediaan mereka apabila sudah dewasa dan telah bertemu jodoh.

Masyarakat kita selalu memanggil anak perempuan dengan panggilan ‘anak dara’ harus pelajari untuk mengemas dan memasak supaya tidak kekok dalam mengendalikan semua itu ketika sudah besar dan berkahwin nanti. Namun, motif sebenar ibubapa menerapkan mentaliti ini adalah untuk anak itu mempunyai rasa tanggungjawab dalam menjaga kebersihan rumah dan punyai skil apabila boleh berdikari nanti. Begitu jugalah ibu kepada 6 orang anak, Datin Shahida, yang mahu anak perempuannya, Qadejah El Zahra atau manja dipanggil Cess, dapat pelajari perkara yang terbaik dari nya.

Sebagai ibu, Datin Shahida pasti mahu anaknya bijak dalam pelbagai segi seperti ibu-ibu lain. Jadi, Datin lebih meluangkan masanya dengan anak-anaknya terutama Cess supaya anak-anaknya mendapat contohi sikap dan ilmu yang beliau ada untuk masa akan datang. Baru-baru ini, Datin Shahida berkongsi sebuah video dimana beliau sedang mengajar anak daranya itu memasak.

View this post on Instagram

Zaman saya umur cess ni dah pandai dan kenal semua…siap dah hafal nak letak apa semua…zaman sekarang ni cili besar cili kecil pun x kenal !!! . Anak dara ni kena ajar pergi dapur..esok2 senang dah tau nak masak apa…masak simple2 pun jadi la… . Hari ni saya ajar cess masak Ikan Tenggiri ‘MASAK CUKA’ resipi paling mudah dan sedap…tapi bagusnya cess ni dia ingat pula timing saya kena makan ‘EZY LOZ’ @dherbsholdingshq …elok pula dia buatkan hari2 tanpa gagal….jadi kalau korang yg tertanya2 apa rahsia saya kurus ialah amalkan ezy loz @dherbsholdingshq setiap hari…tanpa bahan terlarang sibutramine dan sesuai utk ibu menyusu sebab saya faham sangat dilema mak2 ni susah nak kurus sebab kuat makan kan…kita ada masalah yg sama jadi Isnya Allah ezy loz ni membantu!! . Kalau nak beli komen Nak !

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Di dalam video tersebut, terlihat bahawa Cess sangat berminat untuk belajar memasak dengan ibunya. Datin Shahida juga berseloroh dalam kapsyen beliau, “Asyik main Tiktok je halia kunyit pun tak kenal”. Menurut Datin Shahida lagi, ketika beliau berumur semuda Cess dahulu sudahpun menghafal pelbagai sayuran dan barangan dapur lain. Beliau juga berkata bahawa beliau juga siap menghafal resepi supaya senang untuknya memasak suatu ketika dahulu.

Netizen sangat memuji kemahuan Cess yang mahu belajar dan terlihat ciri-ciri Cess yang bijak dan solehah. Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji dan berkata tahniah kepada Datin kerana bijak dalam mengajar anaknya.

Sebagai ibu bapa, kita janganlah terlalu mendesak anak- anak itu untuk pelajari sesuatu. Mengajar anak-anak biarlah dalam keadaan yang ala kadar sahaja kerana jika kita terlalu mendesak anak kita dalam mempelajari perkara yang mereka tidak minat,ia akan mengundang kepada masalah emosi anak-anak itu sendiri.

sumber : shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.