Hiburan

“Ara mmg nak duet dgn dia, sbb dia dengar ckp juri tu dia singkirkan mamat ni”

I can see your voice Malaysia musim ketiga yang di tayangkan di tv3 setiap ahad jam 9 malam menampilkan Mark Adam Yusry dan Jihan Musa sebagai panel tetap. Untuk minggu ini artis jemputan adalah Ara Johari. Manakala panel jemputan adalah Syiha Zikir, Fad Bocey dan Naqiu boboy. Bukan calang calang panel jemputan kali ini juara gegar vaganza turut hadir.

Program ini menampilkan beberapa penyamar dan penyanyi sebenar pasti membuatkan ramai terhibur mana taknya gelagat mereka semua cukup membuatkan audience di dalam studio dan di rumah gelak besar terutamanya part nyayian dari penyamar kelakar habis.

Ara Johari juga terkenal dengan suaranya yang tinggi nyaring dan power. Fuh memang meremang setiap kali dengar suara Ara menyanyi. Ara telah menyingkirkan beberapa penyanyi sebenar dan penyamar di awal rancangan. Tetapi paling terkesan apabila Ara menyingkirkan band yang berbakat besar sudah seperti c0py pste Ayie floor88 dah. Power habis

Bukan sahaja suara seakan akan sama tetapi juga gaaya penampilan sebijik Ayie. Menyanyikan lagu Aqilah cukup membuatkan satu studio terpukau dengan gaaya persembahannya.

Menerusi perkongsian dari instagram tv3, rata rata netizen memuji penyanyi ini dan ada yang salahkan juri kerana terlalu yakin dengan abang Shuffle adalah penyanyi sebenar.

Ara terlalu dengar kata juri ke ataupun sememangnya Ara tersalah pilih. Walaubagaimana pun, Tahniah kepada penyamar bersuara sumbang yang berjaya membawa pulang RM3000

Alahai kelakar habis reaksi semua terutamanya juri. Mana taknya, semua yakin Abang Shuffle seorang penyanyi rocker tetapi sekali buka mulut mahu semua pengsan. Alhamdulilah rezeki Abg Shuffle dapat berduet dengan Ara Johari. Tahniah

Sumber : Ig Tv3

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.