Hiburan

“Anak ibu, Siti Aafiyah dah pandai berposing”- Tokti

Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dengan ramah mesranya bersama peminat. Bukan itu sahaja, didikan Datuk Siti atau lebih dikenali dengan panggilan Tokti ini cukup bagus terhadap anaknya, Siti Aafiyah walaupun jadual Tokti padat seharian. Hubungan Tokti bersama Aafiyah juga begitu rapat memandangkan Aafiyah adalah satu-satunya cahaya mata hasil perkahwinna Tokti bersama suaminya, Datuk Khalid.

Ke mana sahaja Tokti pergi, sudah pasti ada kelibat Aafiyah di tepinya. Anak beranak ini sentiasa bersama setiap masa. Memang tak renggang langsung ya…

Malah baru-baru ini, buat pertama kalinya Tokti berganding bersama anaknya menerusi sesi photoshoot untuk produk Beausiti. Aafiyah juga kelihatan tidak kekok dan pandai menggaayakan diri di hadapan kamera. Bagus Aafiyah pandai posing macam ibunya…

Tokti menerusi posting gambar photoshoot bersama Aafiyah yang dimuatnaik di Instagram itu telah menjadi perhatian peminat dan ramai peminat kelihatan teruja selepas melihat gandingan dua beranak ini.

“Pandai Aafiyah p0sing, cantik macma ibu”- Netizen

“Amboi kaki aafiyah, kalah model”- Netizen

“Tengok lah siapa ibu dia hehehe”- Netizen

Sementara itu,Tokti telah berkongsi gelagat Aafiyah ketika Tokti membuat penggambaran muzik videonya. Gelagat Aafiyah dilihat sibuk membetulkan kain ibunya ketika menjalani penggambaran muzik video.

Amboi Aafiyah, posing mengalahkan ibu dia… Nampaknya lepas ni dah boleh jadi model untuk produk ibu dia lah yaa…

Sumber: instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.