Shaheizy Sam mula dikenali sebagai pelakon sejak kecil lagi apabila membintangi drama televisyen Pa’e. Lebih mesra dengan panggilan Sam, beliau telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada tahun 2016 bersama bekas peserta dewi remaja yang kini bergelar pelakon iaitu Syatilla Melvin. Hasil perkahwinan tersebut mereka berdua dikurniakan 2 orang anak iaitu Sheriv Samheizy dan juga Sarima Samheizy.
Pasngan Syatilla dan Sam boleh diibaratkan sebagai pasngan yang cukup serasi kerana mereka berdua sememangnya mempunyai perangai yang lebih kurang sama iaitu suka bergurau dan berseloroh diantara satu sama lain. Bak kata orang, “kepala masuk air”.
Syatilla kini semakin memperlahankan aktiviti lakonan beliau kerana mula berjinak-jinak menjadi usahawan barangan ksmetik dan muncul dengan beberapa pr0duk kecantikan diri berupa lipstik yang di berikan nama Kek4sih.
Memuatnaik sebuah video di instagram, Sam memberitahu bahawa Syatilla telah memintanya untuk menemani beliau ke Ipoh demi melawat rakan yang baru lepas bersalin. Namun rupa-rupanya, Syatilla mengajaknya untuk singgah disebuah kedai emas untuk membelikan beliau beberapa utas gelang emas. Shaheizy yang tidak menyangka perancangan awal oleh isterinya itu hanya melayankan sahaja gelagat isterinya itu.
Melihatkan reaksi Sam yang terkjut dengan permintaan isterinya itu membuatkan para netizen turut sama ketawa dan tercuit hati dengan gelagat Syatilla.
Rata-rata netizen juga terhibur dengan gelagat pasngan suami isteri ini. Memang kelakar perangai suami isteri ini. Boleh pecah perut ketawa dibuatnya kalau melayankan kerenah mereka berdua ini.
Memang seronok bila dapat pasngan yang boleh di bawa bergurau macam mereka berdua ni. Mereka berdua kelihatan saling melengkapi antara satu sama lain. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina ini berkekalan hingga ke akhirnya. Amin.
Sumber : Instagram shaheizy_sam
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.