Kehilangan seorang saudara yang rapat membuatkan kita sedar bahawa orang yang kita sayangi adalah milik Allah sepenuhnya. Tak kira bagaimana sayangnya kita pada mereka, mereka tetap akan pergi tinggalkan kita di dunia ini. Dalam erti kata lain, Allah lebih menyayangi mereka. Tiada siapa akan terlepas dengan ketentuan Tuhan yang Maha Berkuasa untuk mengambil orang yang kita sayangi.
Setelah kita menerima khabar berita Abam Bocey mengalkan kita, tidak lama selepas itu, kita dikejutkan sekali lagi berita pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair yang juga pergi mnglkan kita semua. Beliau pergi mnglkan seorang balu dan seorang anak lelaki bernama Noah.
Tiada yang lebih merasa kehilangan Ashraf dari ahli keluarganya sendiri. Balunya, Bunga Cinta Lestari dan anaknya Noah adalah orang yang paling terkesan sekali atas pemergian arw4h kerana mereka adalah insan yang selalu bersama. Selain mereka, tentulah ahli keluarga kandung arw4h iaitu ibu bapa dan adik beradik arw4h. Baru-baru ini, adiknya Aisyah Siclair telah berkongsi gambar beliau dan arw4h Ashraf ketika mereka sedang kecil.
“Ketika membesar, dialah ‘suara’ aku( kerana aku tidak pandai bercakap sehingga umur aku 2 tahun dan dia sahaja yang memahamiku)” kata Aisyah Sinclair di ruang kapsyen.
Beliau juga kata arw4h Ashraf seorang yang sangat menjaga adik-adiknya dan akan memarahi mereka jika mereka melampaui batas. Tambah Aisyah, beliau juga akan meminta nasihat dan pandangan arw4h untuk membuat keputusan penting seperti kerjaya termasuklah pandangan untuk fesyen beliau.
“Abang selalu ada masa untuk saya , tak kira sibuk mana” kata Aisyah Sinclair lagi.
Beliau juga berkata sepanjang hidupnya, arw4h abangnya itu telah menjaga seorang penjaga kepadanya dan sekarang arw4h telah menjadi ‘penjaga malaikat’ untuknya.
Ramai netizen sebak membaca kata-kata Aisyah Sinclair buat arw4h abangnya dan ramai rakan artis mengucapkan takziah atas pemergian arw4h.
Kita semua pasti akan kehilangan orang yang kita sayangi. Jadi kita harus selalu memaafkan dan selalu berbuat baik kepada mereka selama mereka masih ada. Ia adalah untuk kebaikan kita juga kerana kita juga tidak tahu ajal kita bila. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah pergi.
sumber : ig aisyahjennifer