Datoβ Chef Wan, atau nama sebenarnya Chef Datoβ (Dr) Redzuawan bin Ismail merupakan seorang chef, pengacara dan pelakon yang terkenal di Malaysia. Terdahulu Dato Chef Wan pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 1982 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohd Nadzri dan Serina. Walaubagaimanapun perkahwinan beliau bersama Norhayati binti Ayub itu tidak kekal lama dan mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan hidup masing-masing tidak lama kemudian.
Figura ini sangat dikenali kerana trademark beliau yang sering berleter ala nenek-nenek di kampung sewaktu berinteraksi bersama penonton.
Kerap memuatnaik kisah kehidupan beliau di media sosial, Dato Chef Wan cukup dikenali para netizen atas layanan baik beliau terhadap ibundanya yang tercinta iaitu Mak Ani. Dato Chef Wan juga sangat dikagumi kerana begitu menyantuni ibu dan bekas isterinya.
Kali ini beliau berkongsi mengenai hasil keputusan perbicaraan hak penjagaan anak-anak Serina Redzuan yang berlanjutan hampir 3 tahun. Setelah meneliti pelbagai aspek, mahkamah membuat keputusan untuk memberikan hak penjagaan anak lelaki Serina iaitu Tristan kepada bekas suaminya.
Dato Chef Wan sangat kecewa dengan keputusan mengejutkan itu dan meluahkan perasaan terkilan beliau kepada para pengikutnya di Instagram.
Turut bersimpati dengan nasib yang melanda Serina, para pengikut akaun Instagram Dato Chef Wan turut mendoakan supaya urusan untuk mendapatkan semula hak penjagaan cucu lelaki Dato Chef Wan itu dipermudah.
Ramai juga yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah yang memisahkan mereka berdua sebagai adik beradik hanya kerana untuk memenuhi hak penjagaan kepada kedua-dua ibu dan bapa.
Kasihan kanak-kanak yang terpisah kerana masalah ibu bapa. Sekiranya terpisah sudah pasti kenangan zaman kanak-kanak mereka semasa usia kecil juga amat terhad. Semoga ada jalan keluar nanti buat Serina dan juga anak-anak.
Sumber: Instagram _chefwan58
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.