Hiburan

Tunggu saat nak bersalin, Dayah Bakar edit gambar bersama suami

Begitu kuat hati seorang wanita yang bersuamikan seorang anggota tentera. Buat pengacara Nasi Lemak Kopi O iaitu Dayah Bakar, beliau sebelum ini pernah mendedahkan bahawa beliau sudah hampir lapan bulan tidak berjumpa suaminya. Beliau terpaksa berjauhan dengan suaminya Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia pada bulan Januari yang lalu.

Buat Dayah sendiri ianya bukanlah satu tempoh yang mudah dan ketiadaan suami amat dirasai tambahan pula ketika beliau sedang sarat mengandung.

Menurut Dayah, suaminya pergi mngalkan beliau ketika usia kandungan belumpun mencecah sebulan. Dayah juga sepatutnya dijadualkan kesana namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut kerana pndemik C0v1d19.

Memandangkan beliau kini hanya menghitung detik-detik terakhir kehamilan sebelum melalui proses kelahiran, Dayah telahpun membuat coretan buat suaminya itu di media sosial beliau. Luahan kerinduan itu sangat menyentuh hati para pembaca dan pengikut akaun Instagram beliau.

Beliau turut memohon doa daripada rakan-rakan dan para pengikut akaun Instagram untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk beliau dan juga anak di dalam kandungan.

View this post on Instagram

Perjuangan ini bukan milikku sahaja, bukan juga milik kamu, tapi milik kita bertiga …. Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan 🀲🏻 Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah🀍 Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih πŸ™πŸ»πŸ€ P/s : This photo was taken separately malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡¦πŸ‡Ί Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us πŸ“Έ

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar) on

Rakan-rakan artis dan netizen yang sebak membaca coretan itu tidak putus memberikan kata-kata semangat dan juga mendoakan semoga urusan Dayah bakal dipermudahkan.

Sudah menjadi lumrah bersuamikan seorang angkatan tentera Dayah terpaksa berjauhan demi tugasan suami kepada negara. Mereka begitu kagum dengan semangat Dayah yang terus kuat demi anak.

Tersentuh hati melihat ketabahan hati seorang isteri yang setia menunggu suaminya pulang daripada medan perjuangan demi negara. Mudah-mudahan urusan Dayah dipermudah dan berkesempatan untuk bertemu dengan suaminya dalam masa terdekat. Sama-sama doakan.

Sumber: Instagram dayahbakar

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.