Sejak perintah kawalan gerakan sudah dilonggarkan, ramai rakyat Malaysia mengambil kesempatan ini untuk pergi melancong di dalam negara. Manakan tidaknya, mereka semua sudah lama berkurung di dalam rumah masing-masing dek kerana pndemik waabak yang berbhaya sekarang ini. Rakyat Malaysia lebih menumpukan melancong di dalam negara kerana melancong ke luar negara belum dibenarkan lagi oleh kerajaan.
Dalam ketika sedang berseronok melancong kita sebagai masyarakat majmuk dan beradab haruslah menghormati tempat-tempat yang kita lawati seperti menjaga tutur kata dan kebersihan diri dan keluarga dan tempat yang dilawati itu sendiri. Itulah yang dipinta oleh pihak atau tuan empunya rekreasi supaya para pengunjung dapat menjaga adab di tempat orang.
Antara pemilik tempat rekreasi di dalam negara ini yang meminta pengunjungnya menjaga adab mereka adalah Dato Aliff Syukri yang memiliki sebuah resort bernama Sugeh Resort di Janda Baik.
Baru-baru ini, tular di media sosial dimana terdapat salah seorang pengunjung memberikan sebuah ‘review’ yang agak tidak menyenangkan tentang resort Dato’ Aliff dan menyatakan bahawa servis pelanggan di Sugeh Resort tidak memuaskan hati dan pelbagai lagi kenyataan ketidakpuasan hati pelanggan tersebut dinyatakan di media sosial seperti kebersihan resort juga tidak dijaga.
Namun, Dato’ Aliff tampil memberi kenyataan bagi pihak resort dan pekerjanya dan berkongsi sebuah rakaman cctv dimana pelanggan tersebut juga tidak menjaga adab dan tutur kata mereka di tempat orang.
Dilihat didalam video berkenaan, ia menunjukkan sikap keluarga pelanggan yang tidak berpuas hati dengan servis Sugeh Resort tersebut dan dilihat kanak-kanak dari keluarga terbabit berlari-lari mengikut suka hati mereka dan tidak di halang oleh ahli keluarga yang lebih dewasa.
Bukan itu sahaja, mereka dilihat sedang makan di bahagian lobi resort tersebut dimana sudah dinyatakan dilarang membawa dan makan di kawasan tersebut.
Dalam pada itu, Dato’ Aliff mempertahankan pihaknya dengan menyatakan segala penjelasan untuk ketidakpuasan hati pelanggan tersebut dan meminta agar sesiapa sahaja yang merasa tidak puas hati akan servis resort beliau, beliau telahpun menyediakan kotak cadangan untuk pelanggan beliau demi penambahbaikan servis resort beliau.
Ramai netizen agak terkejut dengan sikap keluarga terbabit yang agak kurang beradab dengan persekitaran resort tersebut dan tidak menjaga tutur kata mereka terhadap pekerja di resort itu. Dan ada juga tidak menyangka terdapat manusia yang bersikap seperti menganggap tempat tersebut seperti rumah sendiri dan mengendahkan hak pihak resort tersebut.
Makanya, kita sebagai pengunjung, walaupun kita membayar akan servis sesuatu tempat itu, kita harus ketahui tempat yang dikunjungi akan dikunjungi oleh orang lain. Jadi, jika kita menjaga adab kita di tempat orang, bukan sahaja akan disenangi oleh pihak pemilik tempat itu malah sesiapa sahaja yang mengunjung juga akan merasai kesenangan di tempat tersebut.
sumber : ig aliffsyukriterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.