Uncategorized

Keindahan kongsi adat budaya, anak SM Faliq dan Chrystan dirai mengikut tradisi org cina

Sebelum ini pernah tular dengan berita perkahwinan waris syarikat gergasi di Malaysia, SM Faliq dan Chryseis Tan. Baru- baru ini pasngan ini telah menerima kehadiran buah hati sulung pada 16 Julai yang lalu. Buah hati sulung mereka itu diberikan nama Arianna Kyla. Pasngan ini juga tidak lokek berkongsi wajah comel puteri sulung mereka di media sosial buat tatapan para peminat. SM Faliq SM Nasimuddin merupakan anak kepada pengasas Kumpulan Naza dan merupakan anak keempat dalam keluarganya.

Beliau mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang bersama Chryseis Tan iaitu anak sulung kepada Pengerusi Berjaya Corporation Berhad iaitu Tan Sri Vincent Tan pada Februari 2018.

Meneruskan legasi perniagaan bapanya SM Faliq SM Nasimuddin kini memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn Bhd.

Hari ini telah genap usia anak mereka selama 30 hari iaitu sebulan sejak detik kelahiran. Berkongsi gambar sambutan full moon bersama para pengikut, Chryseis menunjukkan mereka sekeluarga telah meraikan sambutan tersebut bersama keluarga terdekat.

Keunikan tradisi berkenaan menarik perhatian netizen untuk mempelajari lebih lanjut mengenai adat dan budaya yg ditnjolkan oleh mereka di dalam gambar tersebut.

Mengintai ke ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada Chryseis kerana masih mengekalkan tradisi dan budaya amalan masyarakat cina kepada anak beliau. Beruntung betul anak mereka berdua ni. Dapat mengenali adat budaya masyarakat cina dan juga melayu.

Ada juga netizen yang bertanyakan mengenai tradisi sambutan full moon tersebut dan seorang individu telah memberikan penjelasan lanjut mengenai tradisi berkenaan.

Walaupun sudah berkahwin berlainan bangsa tidak salah sekiranya mengamalkan budaya k4um masing masing asalkan tidak melnggar batasan dlm agama kan?.

Sumber: Instagram chrystan_x

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.