Hiburan

“Haha perangai dua2 ni”, Tahniah Syamel dan Ernie selamat bertunang

Tiada angin tiada ribut, hari ini pasngan Ernie dan Syamel telahpun mengadakan majlis pertunangan. Setelah sekian lama menafikan hubungan istimewa mereka berdua, akhirnya status hubungan tersebut terjawab melalui satu ikatan pertunangan. Walaupun desas desus mengenai hubungan mereka berdua sudah lama diperkatakan namun mereka berdua tidak pernah mengakuinya dan berkata hanya menyifatkan hubungan sebagai sahabat baik.

Kemesraan mereka berdua terbukti apabila Syamel juga turut muncul di majlis ulang tahun kelahiran Ernie Zakri pada Jun yang lalu. Ernie Zakri yang baru sahaja berhijab sejak bulan Mac yang lalu berkata beliau tidak menolak andai berjodohan dengan Syamel.

Terdahulu pasngan Ernie dan Syamel mula berkenalan setelah dipertemukan menerusi program Duo Star. Keserasian mereka berdua mengangkat mereka berdua untuk bergelar juara bagi program berkenaan.

Menerusi entri terkini di instagram, harini pasngan ini telahpun memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan majlis pertunangan mereka berdua buat tatapan para peminat.

Menyarung busana berwarna kelabu, Ernie kelihatan sangat berseri dan cantik di majlis tersebut. Majlis pasngan sama cantik sama padan ini telahpun dihadiri ahli keluarga terdekat.

Ruangan komen dilaman sosial kedua-dua artis ini dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan juga para peminat mereka berdua. Tak sangka pandai sungguh simpan rahsia.

Selamat bertunang diucapkan buat pasngan Ernie Zakri dan juga Syamel. Jangan tunggu lama-lama pastinya para peminat sudah tak sabar lagi nak melihat mereka berdua naik pelamin.

Sumber:  IG Syamel

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.