Uncategorized

“Wah, Nurul dgn Fizo Omar lepas tak jadi kahwin dgn Khuzairi ye..” – Netizen

Fizo Omar selebriti yang semakin naik kini makin membuatkan ramai gadis di luar sana makin tak keruan. Pernah popular suatu ketika dahulu sebelum berkahwin dengan Mawar Karim. Perkahwinannya dengan Mawar pengasas Fareeda berakhir tahun lepas, kemelut rumahtangga mereka tular di laman sosial dan membuatkan semua peminat mereka terkejut dengan perkhabaran tersebut. Abe Joe selepas menjadi duda nampak makin h0t dan makin aktif berlakon.

Fizo juga nampak sangat aktif di channel youtubenya. Jika sebelum ini dia main masak masak bersama Mek Ja ataupun Azar di dapur, selain itu Fizo juga telah membuat rancangan lain di y0utubenya iaitu ” mana mau makan”. Di dalam rancangan ini dia bersama artis jemputan terjah untuk makan makan sambil berg0sip.

Kali ini Fizo makan , bergosip sambil mengorat Nurul Ain ke tu. Fizo memuat naik gambar dia bersama Wafariena iaitu sekarang lebih popular dengan pangilan Nurul Ain kerana wataknya sebagai perampas di dalam rumahtangga Mia dan Khuzairi. Watak Nurul Ain tular oleh kerana ramai yang skit hati di dalam drama 7 Hari mencintaimu 2.

Untuk episod hari ini Nurul Ain tak jadi kahwin dengan Khuzairi, rupa rupanya sudah ada orang lain siap berpickup pickup line lagi dengan Abe Joe. Fizo juga sempat berpickup line di status instagramnya dengan memberitahu umum ” walaupun semua tengah marah abe joe tetap ada untuk backup ” .

Wah nampak sepadan pula Fizo Omar dengan Wafariena ini kan. Wafariena pun seorang yang soft spoken mungkin Abe Joe lebih suka yang sopan dari yang lasak.

Rata rata netizen teruja dengan gambar tersebut dan mengaitkan dengan drama 7Hari mencintaimu 2. Ramai yang mngalkan komen yang Nurul tak jadi kahwin dengan Khuzairi cari Fizo pula.

Artis Nazim othman juga sempat berseloroh dengan Fizo dengan memberitahu yang Fizo cepat bertindak. Bertindak apa tu agak agaknya, pikat Nurul Ain ke? Fizo juga meminta agar semua menunggu segmen dia bersama Wafariena di dalam mana mau makan di channel youtubenya.

Tak sabar nak tunggu Fizo Omar upload di youtube mesti berbunga bunga ayat Fizo pickup line Nurul ke Nurul yang pickup line Fizo sama sama kita nantikan segment ini di channel youtube Fizo Omar.

Sumber : Ig Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.