Uncategorized

“Lara punya imaginasi, mommy pregnant twin ke” – Netizen

Artis popular Awal Ashaari dan Scha Yahya di khabarkan akan menimbang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Berits gembira tersebut di kongsikan di ruangan instagram mereka semalam. Menurut Awal dia sangat gembira dengan kehamilan ini dan itu adalah hadiah hari lahir yang paling bernilai buat nya tahun ini. Awal juga menyambut hari lahir hari ini di kediamannya. Sambutan yang di raikan secara simple bersama keluarga dan kenalan terdekat.

Scha Juga berkongsi berita gembira tentang kehamilannya di instagram miliknya semalam. Gelagat Lara juga nampak sangat teruja kerana bakal mendapat adik.

Melalui perkongsiaan dari Scha hari ini di instagramnya, dia berkongsi satu gambar yang di lukis anaknya Lara. Imaginasi lukisan itu juga dari Lara Alana.

Scha meluahkan rasa syukurnya dan mengucapkan terima kasih untuk semua yang mendoakan nya dan kandungannya. Dia juga memberitahu yang dia masih di fasa pertama kehamilan yang terpaksa melalui alahan yang teruk. Menurut Scha lagi dia terpaksa ulang alik toilet banyak kali.

Semoga Scha cepat pulih dan semua dalam keadaan baik. Gambar yang di kongsikan Scha menarik perhatian netizen apabila di gambar tersebut ada ramai baby. Biar betul Lara, mommy mengandung twin ke. Atau itu hanya imaginasi Lara sahaja.

Rata rata netizen tertarik dengan lukisan tersebut dan menanyakan kenapa ada ramai baby. Jika bukan mommy mengandung twin mungkin Lara bayangkan adik yang ramai nanti kan. Mesti Lara juga tidak sabar menanti kehadiran adik.

Sudah pasti kehamilan ini sangat di tunggu Scha dan Awal. Semoga Scha dan kandungan sentiasa sihat dan semua di dalam keadaan baik.

Lara juga baru menyambut hari lahirnya dua hari lepas, sambutan tersebut di kongsi di ruangan instagram miliknya happy belated birthday Lara semoga menjadi anak yang bijak berjaya dunia akhirat. Tahniah Lara bakal dapat adik.

Sumber : Ig Schaalyahya

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.