Hiburan

“Comey je badan kecik drive kereta besar” – Netizen

Masih lagi dalam tempoh berpantang tetapi Bella sudah aktif dengan rutin harian beliau. Bella kini sudah semakin langsing setelah kelahiran anak keduanya pada pertengahan Julai yang lalu. Menyingkap detik kelahiran anak keduanya pada 18 Julai yang lalu, Bella masih belum sempat bertemu dengan suaminya iaitu Aliff Aziz kerana pndemik C0v1d19.

Terdahulu Bella dan Aliff mendirikan rumahtangga pada 2016 dan berpisah pada Mei 2019 namun rujuk semula dalam tempoh Iddah. Pasngan ini mempunyai seorang anak sulung lelaki yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia 3 tahun dan baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka pada 18 Julai yang lalu.

Memandangkan ahli keluarga sudah semakin bertambah, Bella membuat keputusan untuk membeli sebuah kenderaan MPV bagi kegunaan keluarga.

Berkongsi kegembiraan memiliki kenderaan idaman beliau iaitu sebuah MPV dengan para pengikutnya di media sosial, Bella berkata bahawa sudah memikirkan mengenai perkara tersebut ketika masih mengandungkan anak keduanya lagi.

Memandangkan Bella sentiasa kemana sahaja bersama keluarga membuatkan beliau berusaha untuk memiliki sebuah kenderaan yang lebih luas dan selesa.

View this post on Instagram

Salam Jumaat 🤗 since kita pregnant baby Ara haritu kita terfikir lepas ni berempat dah bermakna semakin besar keluarga kecil bella. And decided to get a new car untuk keselesaan anak2. Lagi2 bella kalau pergi mana2 suka bawa family sampaikan my ex best friend cakap yang bella ni suka angkut keluarga/ satu kampung sana sini. Bila dgr tu tak rasa marah pun but I’m proud because I still care for my parents and adik2 walaupun sudah berumahtangga. Dan memang dari dulu mmg macam tu sbb kita ni anak sulung dan sampai bila2 pun akan kekal mcm tu InshaAllah. Terima kasih hubby, mama and Ayah yang selalu doakan kita dan bg semangat 🙏🏻❤️ Alhamdulillah rezeki my babies 🥰 . . Dan TERIMA KASIH Banyak2 @anwarshah06 sbb memudahkan urusan Bella dengan cepat sgt😅 this guy beside me tak pernah menyusahkan bella langsung atau call2 minta itu ini NEVER (Dia cuma tanya pasal nak plat number apa je🤣) Alhamdulillah🤲🏻 Bella rasa paling senang lah beli Kereta dgn Anwar! Once again thank you so much!

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Bella dan mengatakan kelahiran anak kedua Bella itu juga memberikan rezeki buat Bella sekeluarga. Aliff juga dilihat turut mengalkan komen di ruangan instagram Bella dengan mengucapkan tahniah dan gembira dengan kejayaan Bella itu.

Bella membalas komen itu dengan mengatakan bahawa kejayaan beliau membeli kereta berkenaan adalah kerana berkat sokongan daripada Aliff juga. Ada juga netizen yang turut membayangkan Bella membawa MPV berkenaan dengan mengatakan pasti comel Bella membawa kereta besar itu kerana tubuhnya yang kecil molek.

Tahniah buat Bella di atas pencapaian beliau untuk memiliki kenderaan berkenaan. Betul kata orang setiap anak tu membawa rezeki yang tersendiri daripada Tuhan. Nanti bila Aliff dah boleh berkunjung ke Malaysia boleh bawa keluar berjalan dgn selesa kalau naik MPV kan.

Sumber: Instagram bellaastillah

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.