Hiburan

“Nampak sgt kalau Ameena anak angkat, gambar Ameena langsung tak de” – Netizen

Usahawan terkenal Dato Aliff dan Datin Shahida antara usahawan selebriti yang sangat di kenali, memiliki populariti sebaris dengan artis terkenal Dato Aliff dan Datin Shahida juga berjaya membawa nama brand Dherbs dan AS Legacy sebagai satu brand yang paling di kenali dan laris di kedai jamu Malaysia. Jika dulu di kenali sebagai abang terlajak laris dan kakak terlajak laris

Personaliti Dato dan Datin Shahida di katakan sangat berbeza. Mana taknya jika Dato seorang yang sering di kec4m kerana sikapnya suka menunjuk dan bermewah manakala Datin Shahida seorang yang sangat lembut dan sangat bersederhana di dalam semua hal termasuk cara berpenampilan.

Bermacam produk dari AS Legacy di keluarkan mendapat sambutan dari rakyat Malaysia. Melalui perkongsian dari Datin Shahida di ruangan instagramnya 2 jam lepas dia mengumumkan yang dia telah mempunyai essential oil sendiri. Menurut Datin Shahida dia sangat meminati Essential oil dari dulu dan impiannya untuk memiliki essential oil brandnya sendiri telah menjadi kenyataan.

View this post on Instagram

Wah impian nak ada essential oil sendiri dah jadi kenyataan..saya mmg peminat essentials oil ni..dari anak satu sampai 6 semua saya guna……cuma nya setiap kali saya update ramai yg cakap harga mahal..so saya keluarkan yg terbaru harga sangat2 mampu milik dan sangat bagus utk perkembangan anak2 membesar..tambahan musim covid ni kena lindung anak2 kita semua…Setiap set ni ada fungsi tersendiri. . Ammar (ingenuity)- fungsi utk focus dalam belajar. Cara roll dekat belakang tengkuk, dada, pergelangan tangan. pastu letak dekat tapak tangan gosok2 and suruh anak bau dalam2, elok pakai kan anak2 setiap kali nak ke sekolah. . Qadejah (immunity) – utk support kekuatan immune system badan anak2. Cara -roll kan bawah tapak kaki da gosok2 setiap kali lepas mandi atau keluar . Ibraheem (breathe relief) – lebih kepada masalah selsema batuk or sukar bernafas. Cara – roll kan pada belakang tengkuk, bahagian dada serta tapak kaki. serta gosok pd tapak tangan utk anak hidu dalam2 . Yusoff (lalaland) – fungsi kepada anak yg sukar tidur atau nak anak tidur lena atau anak yg jenis cranky. Cara – roll pada belakang tengkuk, sapu pd dada, belakang telinga serta hidu dalam2 . Yg berminat nak jadi agen boleh hubungi no tertera : . Kuala Lumpur : 017-2267705 Selangor : 016-3616289

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Alahai sangat comel packagingnya siap ada gambar Datin bersama anak anaknya. Ammar ibraheem, Qadeejah yusof dan Raudah. Setiap essential oil yang ada nama anaknya mempunyai fungsi berlainan.

Ramai yang teruja dengan produk keluaran baru Datin Shahida. Tetapi ramai pula yang menanyakan isu Ameena di instagram dan faceb0ok page Datin. Di dalam gambar dan produk essential oil Datin tiada pun gambar Ameena. Ramai yang rasa tidak berpuas hati dan menanyakan kenapa gambar Ameena tiada.

Ameena sering menjadi perbualan netizen lantaran dia anak angkat kepada keluarga Datin Shahida dan Dato Aliff. Jawapan padu Datin Shahida kepada netizen membuatkan ramai terdiam. Sokong sangat apa yang Datin Shahida buat, InsyaAllah Datin lebih tahu yang terbaik untuk Ameena.

Menurut Datin dia tidak nak di katakan mengambil kesempatan terhadap anak angkat untuk mencari keuntungan. Datin juga menegaskan yang dia menjaga Ameena dengan segalanya cukup. Tambah Datin lagi, pihak JKM juga menasihatkan dia perkara yang sama. Datin juga turut meluahkan rasa kesalnya dan menyatakan terpulang sesiapa ingin mengeji dan dia mempunyai prinsip perniagaannya tersendiri.

Alhamdulillah rezeki Ameena membesar di dalam keluarga Datin Shahida dan Dato Aliff. Di jaga dengan baik di beri keperluaan selengkapnya dan juga di jaga segala kebajikannya. Semoga Ameena membesar menjadi anak yang baik untuk Datin Shahida dan Dato Aliff.

Sumber : Ig shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.