Seseorang yang telah menjadi ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ibu-ibu yang sering berada di hadapan mata anak-anak mahu anak-anak mereka pelajari hanya perkara yang baik sahaja dari mereka. Selain itu, ibu-ibu yang baik juga akan sentiasa menasihati anak-anak mereka untuk menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Pengasas kosmetik terkenal, Bonda Rozita, yang juga dilihat sebagai seorang ibu yang mahu menjadikan dirinya contoh terbaik buat anak-anaknya. Beliau sering dilihat sentiasa menasihati anak-anaknya walaupun anak-anaknya sudah dewasa dan beranak-pinak.
Beliau yang dikenali dengan sifat lembutnya dalam nasihat dan petuanya sangat dipuji oleh warga netizen Malaysia. Baru -baru ini, beliau ada berkongsi sebuah video dimana beliau sedang menasihati anak bongsunya, Maryam Nur Amani yang sudah berusia 10 tahun.
Dilihat di dalam video tersebut, pada mulanya Bonda Rozita kelihatan begitu tegas menegur anak bongsunya itu kerana tidak mengemas katilnya dengan betul. Namun, selepas itu, Bonda Rozita perlahan-lahan menyuntik elemen elemen sentimental dan menasihati anaknya supaya sentiasa ingat dan menyayangi Tuhan kerana apabila berbuat begitu, anaknya tahu apa yang salah dan apa yang betul.
Kebanyakan netizen tersentuh mendengar nasihat Bonda Rozita terhadap anaknya dan merasakan nasihat beliau sangat menyentuh hati sehingga mengalirkan air mata.
Sikap lembut Bonda Rozita dalam menasihati anak-anak haruslah diikuti para ibu-ibu. Ini kerana anak-anak lebih mendengar apabila ibu atau bapa mereka bercakap lembut dengan mereka. Ia lebih terkesan ke dalam hati mereka dan membuatkan mereka sedari untuk menjadi manusia yang lebih baik.
sumber : ig bondarozitaibrahim
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.