Hiburan

“Zaman ni ramai wanita meraung Tomok kahwin” – Netizen

Nama Tomok sudah tidak asing lagi kepada penggemar muzik tempatan. Tomok atau nama sebenar beliau Shah Indrawan Ismail bermula sebagai penyanyi kumpulan New Boyz. Kumpulan yang terdiri daripada lima orang anak muda itu mula bertapak dalam industri hiburan pada tahun 1999. Nama Tomok menyepi buat seketika sehinggalah Tomok membuat kemunculan semula melalui rancangan realiti nyanyian One in A Million (OIAM) pada tahun 2009.

Baru-baru ini isteri Tomok telahpun selamat melahirkan seorang anak perempuan. Tomok telahpun mendirikan rumahtangga bersama bekas pramugari Rahayu Abbas pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman.

Pengalaman membesarkan anak perempuan kali ini pastinya bakal berbeza dan memberikan pengalaman baru buat Tomok dan isteri. Raut wajah anak ketiganya itu kelihatan mirip sekali dengan wajah isterinya.

Sempena ulang tahun perkahwinan beliau pada hari ini, Tomok mengimbas kembali detik beliau diijab kabul bersama isterinya Rahayu Abas dengan memuatnaik video dihari akad nikah mereka. Memang gementar sungguh nampaknya muka Tomok masa tu ya. Ramai yang memuji kecantikan isteri Tomok.

Tomok juga tidak lupa memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana diberikan kelancaran dan dipermudahkan urusan beliau sepanjang menggalas amanah sebagai suami.

Kumpulan New Boyz begitu menjadi kegilaan pada waktu itu, pastinya perkahwinan Tomok menyebabkan ramai wanita yang p4tah hati. Perkara berkenaan diakui sendiri oleh para netizen yang rata-ratanya mnggalkan komen hampir serupa.

“Disebabkan terlalu minat tomok dulu, sedih jgk la dapat tau dia nk kawin. Akhirnya aku pun kawin jgk bln 7, tahun yg sama. Punyala minat kat tomok. ” – Netizen

“Time ni mcm semua kalut.. wahh sapa bkl wife Tomok ni cntiknya.. jap mcm che ta.. jap mcm mas idayu. Jumpa depan2 lg cantik. X jd nk p4tah hati time tu hahahaha semoga ayu & tomok terus berbahagia hingga ke syurga” – Netizen

Selamat ulang tahun perkahwinan diucapkan buat Tomok dan psangan. Semoga rumahtangga yang dibina kian utuh dan semakin bahagia dengan ahli keluarga yang kian bertambah. Tahniah Tomok.

Sumber : Instagram tomokofficial

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.