Tanggal 28 April 2020 yang lalu penyanyi dan pelakon Ayda Jebat telahpun sah bergelar tunangan kepada pengacara popular Nabil Mahir. Uniknya oleh kerana acara pertunangan tersebut dilakukan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua-dua buah keluarga membuat keputusan untuk mengadakan majlis pertunangan tersebut secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet di kediaman masing-masing.
Hubungan yang telah terjalin selama hampir setahun yang lalu menjadi semakin rapat setelah Nabil Mahir dan Ayda Jebat memperkenalkan kepada keluarga masing-masing.
Tarikh untuk psangan ini bernikah telahpun ditetapkan namun sebagai menghormati permintaan keluarga, mereka berdua masih belum mengumumkan tarikh tersebut demi menjaga hati kedua belah pihak.
Nabil berkongsi sebuah video tiktok di Instagram yang memaparkan dirinya dan Ayda sedang bergurau menari secara lucu. Menerusi caption, beliau meluahkan rasa kagum dengan sikap Ayda yang sudi melayani perangai g1la-g1lanya. Beliau juga turut bersyukur kerana telah dipertemukan dengan psangan yang benar-benar memahami dirinya.
Perkongsian itu mendapat perhatian daripada para netizen di ruangan komen. Ada segelintir daripada netizen yang kurang menyenangi sikap mereka berdua yang kelihatan kurang matang berbanding usia. Tambahan pula mereka berdua akan bergelar psangan suami isteri tidak lama lagi dan menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mertua masing-masing.
Untuk meredakan keadaan tersebut, Ayda telah mngalkan komen untuk mempertahankan tunangnya. Kata Ayda keluarga mereka berdua memahami dan menerima mereka berdua seadanya.
Betul kata Ayda, yang penting keluarga masing-masing tiada masalah dengan perkara tersebut dan bersedia untuk menerima mereka berdua menjadi bakal ahli keluarga suatu hati nanti.
Sumber: nabilmahir
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.