Pelakon yang kini bergelar usahawan Aeril Zafrel mula dikenali menerusi siri televisyen Kisah Kaisara. Drama yang turut menampilkan wajah baru ketika itu seperti Sari Yanti dan juga Wan Sharmila merupakan antara drama terawal lakonan pelakon kacak ini. Beliau seterunya disunting oleh MIG Metrowealth dan menjadi artis residen syarikat itu selama beberapa tahun.
Beliau seterusnya bertemu jodoh dengan Wawa Zainal yang juga pelakon dan turut bernaung di bawah syarikat yang sama. Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan kini mempunyai 3 orang anak. Aeril dan Wawa seterusnya menubuhkan syarikat kosmetik dan produk berasaskan kecantikan mereka sendiri iaitu Wawa Cosmetic.
Tular baru-baru ini beliau memuatnaik entri menerusi instagram menyatakan hasrat untuk membuat pembayaran zakat secara bulanan berbanding sebelum ini yang dilakukan secara tahunan. Beliau juga memohon doa daripada para peminat supaya beliau istiqamah melakukan pembayaran tersebut.
Niat beliau hanya untuk bersama mengajak orang ramai yang berkemampuan dan berniaga supaya bersama melaksanakan pembayaran zakat perniagaan dan peribadi.
Namun apa yang berlaku sebaliknya apabila menerusi muatnaik terkini pelakon drama seindah tujuh warna pelangi ini menunjukkan persepsi masyarakat terhadapnya setelah meluahkan hasrat tersebut.
Aeril berkongsi beberapa komen yang negatif daripada netizen yang diterimanya di instagram. Kecewa dengan keadaan tersebut, beliau berkata bahawasa sekiranya masyarakat tidak mampu untuk mendoakan beliau untuk istiqamah seharusnya janganlah pula mereka menyebarkan kebencian terhadap keputusan beliau.
Perkongsian itu mendapat perhatian daripada para pengikut Aeril di Instagram dan mereka memberikan sokongan buat Aeril supaya tidak mengendahkan kata-kata negatif netizen. Para pengikut beliau turut bersetuju dengan tindakan Aeril mengajak membayar zakat kerana pembayaran zakat merupakan sesuatu yang perlu dihebohkan kerana mengajak orang ramai untuk menunaikan kewajiban.
Bersabarlah Aeril. Masih ramai yang memahami dan menyokong niat baik Aeril itu. Yang penting Aeril dah lepas tanggungjawab untuk mengajak orang ramai menunaikan zakat. Kami doakan mudah-mudahan Aeril istiqamah dalam menunaikan ibadat wajib yang dituntut dalam ajaran islam berkenaan.
Sumber: aeril_zafrel
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.