Hubungan Datuk Siti Nurhaliza bersama satu-satunya anak perempuan iaitu Siti Aafiyah cukup rapat lebih-lebih lagi dengan gelagat Aafiyah yang begitu melucukan itu. Malah kehadiran Aafiyah telah banyak mengubah kehidupan Datuk Siti Nurhaliza atau dikenali dengan nama Tokti sejak bergelar ibu. Ke mana sahaja Tokti berada, pasti Aafiyah sentiasa berada di sisinya.
Peminat-peminat Tokti tidak ketinggalan sentiasa mengikuti perkembangan Aafiyah yang kini semakin aktif dan membesar dengan sihat. Setiap kali Tokti memuatnaik video telatah comel Aafiyah, ruangan komen pasti akan dipenuhi dengan perasaan teruja oleh peminat-peminat apabila melihat gelagatnya.
Posting terbaru gelagat comel Aafiyah dikongsi oleh Tokti menerusi laman instagramnya. Kelihatan Tokti begitu teruja bermain netball bersama Aafiyah menerusi video yang dimuatnaik itu. Tokti sama sekali langsung tidak penat melayan kerenah anaknya dan Aafiyah pun ikut teruja bersorak untuk ibunya.
Gelagat dua beranak ini telah mencuri tumpuan peminat-peminatnya sehingga video tersebut mencecah 171,000 tontonan selepas dua jam dimuatnaik di Instagram. Rata-ratanya mengusik Tokti yang lebih kelihatan teruja bermain netball berbanding Aafiyah. Amboi pandai ibu Aafiyah main netball ya…
“Ibu Aafiyah yang excited sangat ni hahaha”- Netizen
“Comelnya Tokti dan Aafiyah”- Netizen
“Comelnya ibu pun”- Netizen
Dalam pada itu, Aafiyah yang popular dalam kalangan peminat dengan panggilan manja “Aafiyah anak ibu” ini telah menjangkau usia dua tahun dan bijak bercakap. Didikan Tokti buat Aafiyah juga sering dipuji oleh ramai netizen. Tidak dinafikan, didikan Tokti boleh dijadikan contoh buat ibu bapa di luar sana dalam mendidik anak-anak.
Excited tengok Tokti main Netball, teringat waktu zaman sekolah dulu-dulu… Aafiyah dah boleh jadi cheerleader tetap untuk ibu dia, comel dua beranak ni alahai.
Sumber: Instagram ctdk
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.