Hiburan

“Suka betul dia jd momok, masalahnya tak de siapa pun yg takut” – Zizie Izette

Masih ingatkah kita dengan pelakon putih gebu berbakat besar Zizie Izette? Rasanya sudah lama benar kita tidak mendengar sebarang berita terkini mengenai Zizie. Sejak mendirikan rumahtangga dengan Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin, Zizie mengambil keputusan untuk bergiat aktif dibelakang tabir sahaja. Kakak kepada Shaheizy Sam ini mempunyai sepasang anak kembar lelaki berusia tiga tahun serta seorang anak perempuan yang kini berusia hampir setahun. Mereka juga mengambil dua orang anak angkat iaitu seorang lelaki berusia dua tahun dan seorang perempuan berusia 4 tahun.

Mempunyai anak seramai 5 orang membuatkan Zizie tak menang tangan. Oleh itu, setiap anak Zizie mempunyai pengasuh mereka masing-masing. Jarak usia diantara kesemua 5 orang anak Zizie pula sangat rapat. Mereka sedang membesar dan perluukan perhatian khusus. Walaupun setiap anak Zizie mempunyai pengasuh, Zizie tidak menyerahkan sepenuh tanggungjawabnya sebagai ibu kepada pengasuh. Tegas Zizie lagi, urusan pengasuh lebih tertumpu kepada mengemas rumah dan mencuci pakaian manakala urusan kebajikan anak masih lagi menjadi tanggungjawab mutlak dirinya sebagai seorang ibu.

Kelima-lima orang anak Zizie kelihatan sangat rapat dengan ibu mereka. Malahan akaun Instagram Zizie juga dipenuhi dengan gambar aktiviti Zizie bersama anak-anak. Kesemua anak Zizie mewarisi kulit putih gebu ibunda mereka. Mana tak geram dibuatnya. Tambahan pula dengan telatah anak-anak yang baru nak membesar ni yang bermacam ragam sangat mencuit hati. Boleh hilang stress dan penat lelah bekerja.

Muatnaik video terkini di akaun instagramnya, Zizie menunjukan aksi Alisa yang merupakan anak bongsu beliau sedang mengusik dirinya dan seorang lagi anak lelaki mereka.

“Mana momok,.mana momok..” kata Zizie, lantas terus Alisa menutup mukanya dengan selimut dan berlakon menjadi momok seolah mahu mengusik ibunya. Alahai comel betul Alisa. Masalahnya momok comel macam ni tiada siapa yang nak lari. Nak terkam sebab comel lagi adalah sebab tak tahan melihat telatah Alisa ni.

 

Netizen kata nak kidnap ambil simpan kalau momok yang macam ni yang mengusik. Momok ni sengeh-sengeh siapa pun tak takut. Momok ni murah betul dengan senyuman. Zizie yang gelak sakan dalam video tu pula yang dikatakan macam momok. Hahahaha kesian Zizie.

Anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Gelak tawa mereka ini lah yang boleh menjadi pengubat hati. Ternyata tempoh PKP ini jika digunakan sebaiknya benar-benar akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Sumber : Instagram zizieizette

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.