Hiburan

“Lawanya Cik B, ingatkan Sherry Al Hadad” – Netizen

Setiap perempuan punyai sifat kurang keyakinan diri sendiri. Sifat ini sudah lama terasa oleh setiap wanita dari mereka seawal umur 8 tahun. Kerana pada waktu itu, mereka sudah tahu erti cantik dan lumrah wanita sukakan kecantikan. Jadi jika mereka terlihat ada sesuatu yang kurang enak dilihat, mereka akan senang berasa kurang keyakinan ke atas diri mereka.

Seperti gadis-gadis lain, anak jutawan terkenal, Cik B, anak perempuan kepada Dato Seri Vida juga punyai perasaan ketidakyakinan terhadap diri sendiri. Namun, atas sokongan ibunya, beliau kelihatan semakin berani untuk menonjolkan diri di dalam sosial media beliau.

Dengan semangat ibunya juga, beliau membina semangat untuk menguruskan beberapa syarikat makanan dan minuman. Semua sudah ketahui Cik B punyai susuk badan yang agak besar dan berkulit hitam manis tetapi itu tidak menghalang beliau berasa yakin dengan diri sendiri di depan kamera.

Baru-baru ini, Dato Seri Vida berkongsi gambar majalah dimana beliau dan anak perempuannya itu menjadi muka depan majalah Nona dengan bertajuk ‘Debut CEO Termuda : Dato Seri Vida dan Cik B’.

Didalam kapsyen Dato Seri Vida, beliau menanyakan dimanakah orang-orang yang mengutuk anaknya dan lihat sekarang anaknya berada dimana. Dato Seri Vida juga memuji anaknya itu kelihatan sangat cantik selepas disolek untuk sesi penggambaran muka depan majalah.

Ramai netizen juga berasa bangga terhadap Cik B yang sanggup untuk menguruskan bisnes makanan dan minuman beliau pada usia yang sangat muda. Bukan itu sahaja, ramai netizen juga terpegun melihat Cik B cantik selepas disolek.

Selain itu, ramai juag yang mengatakan Cik B kelihatan seperti pelakon dan pengacara terkenal, Sherry al-Hadad.

Keyakinan diri sangat pentingan dalam pembangunan diri kita. Untuk menjadi lebih berjaya, kita harus berdepan dengan ketakutan kita. Seperti Cik B, sebagai seorang yang masih di usia yang sangat muda seperti beliau selalunya masih berdepan dengan masalah keyakinan diri. Namun, beliau punyai seorang ibu yang mempercayai dirinya dan selalu memberi semangat supaya selalu yakin akan diri sendiri.

sumber : ig datoserivida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *