Umum

“Wah bagusnya Aafiyah nyanyi tak pelat”- Netizen

Memiliki cahaya mata adalah satu anugerah dan rahmat terbesar bagi sesebuah pas4ngan yang berumahtangga. Dengan anak-anaklah, rumahtangga sesuatu pas4ngan itu menjadi meriah dan ceria dengan gelak tawa dan aksi ragam mereka. Dalam melihat kerenah anak-anak kita ini, kita secara tidak langsung dapat melihat perkembangan anak dari segi fizikal dan mntal mereka.

Begitu juga Dato Siti Nurhaliza dan pas4ngannya, Dato Khalid yang punyai seorang anak perempuan bersama setelah beberapa tahun mencuba dan ikhtiar dan menamakannya Siti Aafiyah yang kini berusia 2 tahun.

Baru-baru ini, Dato Siti Nurhaliza berkongsi momen beliau dan sekeluarga menyambut hari ulangtahun kelahiran anaknya itu di rumah kediamannya.

Menurut Dato Siti Nurhaliza, beliau sekeluarga menyambut hari jadi Aafiyah di dalam rumah sahaja atas sebab keadaan diluar sana tidak mengizinkan.

Dilihat juga di dalam video tersebut, Aafiyah bersama-sama ibubapanya menyanyikan lagu hari jadi tanpa ada bunyi pelat pun dan ia membuatkan netizen kagum dengan kebolehan Aafiyah.

Ada netizen yang kagum melihat kepetahan lidah Aafiyah menyanyikan lagu hari jadinya dan ramai mengucapkan selamat hari jadi kepada anak bijak dan comel ini.

Dalam pada itu, ayah Aafiyah, Dato Khalid juga berkongsi sedikit ucapan buat Aafiyah sempena hari jadinya itu dan sempat berterima kasih kepada isterinya kerana melahirkan Aafiyah.

Semoga panjang umur murah rezeki kepada Siti Aafiyah dan semoga menjadi anak yang solehah untuk ibubapa Aafiyah.

sumber : ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *