Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Namun untuk sambutan hari raya pada kali ini, sudah tentu akan menjadi kelainan buat semua rakyat Malaysia apabila kunjung-mengunjung rumah saudara mara dan pulang ke kampung sama sekali tidak dibenarkan disebabkan perintah kawalan pergerakan. Ziarah menziarahi tetamu juga antara aktiviti yang dilarang ketika musim perayaan memandangkan wbak c0v1d-19 mudah dijngkiti terutamanya kepada golongan tua.
Dengan menyahut arahan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia, pelakon dan pengarah Rosyam Nor mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung halaman menyambut hari raya bagi mengelak j4ngkitan.
Rosyam menerusi posting pada instagramnya meluahkan perasaan dukacita apabila terpaksa membatalkan niat untuk pulang ke rumah ibunya walaupun jarak rumah di antara mereka hanya mengambil masa 10 minit sahaja.
Walau bagaimanapun, Rosyam sekeluarga masih tetap boleh berhubung menerusi video call bersama ibu tercinta dan sama sekali tidak dilupakan.
Di hadapan rumah ibu Rosyam juga tergantungnya banner memberitahu tidak menerima sebarang kunjungan dan hanya dibuat menerusi video call sahaja.
Seperti yang ramai ketahui, wabak covid-19 sedang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia sehinggakan semua orang terpaksa kekal duduk di rumah sahaja sejak Mac lalu.
Sementara itu, posting foto yang dimuatnaik pelakon legenda ini telah mencuri tumpuan ramai netizen dan rata-ratanya turut berkongsi perasaan sedih apabila mereka juga tidak dapat pulang ke kampung halaman.
Tindakan Rosyam juga telah menerima pujian daripada netizen dgn bertangungjawab menyahut arahan kerajaan untuk mencegah wabak peny4kit berb4haya itu.
“Mencegah lebih baik dari mengubati, terbaik”- Netizen
“Bagus bang, yaa rumah ada orang tua memang jadi tumpuan”- Netizen
“Saya pun sama tak dapat balik kelantan, mak beraya sorang2 dekat rumah”- Netizen
Macam inilah contoh terbaik yang kita boleh ambil. Lebih baik mencegah dahulu kan.. Sama-sama kita jadi rakyta Malaysia yg bertanggungjawab dan mendengar arahan kerajaan. Mungkin ada hikmah tak dapat beraya dengan sempurna tahun ni…
Sumber: instagram Iamrosyamnor
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.