Hiburan

Untuk Nabila, Tq utk semua kenangan bersama. Sharnaaz Ahmad sahkan sudah bercrai

Pada 1 Syawal yang lalu, Sharnaaz telah memuatnaik gambar dirinya menyambut hari raya tahun ini bersama isteri Noor Nabila serta anaknya Jebat Jayden. Walaupun status rumahtangga mereka berdua masih lagi menjadi tanda tanya namun perkara tersebut tidak menghalang mereka berdua bersikap professional demi kebahagiaan anak tersayang iaitu Jebat Jayden yang hampir berusia dua tahun.

Isu mengenai mereka berdua diketepikan buat sementara waktu untuk memberikan ruang buat anak kecil mereka merasai suasana sambutan hari raya dengan kehadiran kedua-dua ibu dan bapa.

Buat anak kecil seusia Jebat, masih perluukan perhatian daripada kedua ibu bapa kerana masih belum mengerti apa yang berlaku dalam keluarganya. Sikap saling bertoleransi diantara pasngan ini dipuji ramai. Para peminat juga berharap semoga hubungan pasngan ini kembali pulih semula.

Memuatnaik sebuah video di Instagram, Sharnaaz bagaimanapun mengakhiri teka-teki orang ramai apabila mengumumkan berita mengenai percraian beliau dan Nabila. Walaupun raut wajah beliau kelihatan sedikit sedih namun beliau masih lagi mampu tersenyum dan redha menerima keputusan tersebut.

Menerusi ruangan komen ramai rakan artis yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Sharnaaz. Sikap matang Sharnaaz haruslah dipuji. Mungkin sudah tertulis ketentuan yang Maha Esa jodoh mereka berdua sampai disitu. Setidaknya mereka berdua sudah berbaik demi anak walaupun bukan lagi sebagai pasngan suami isteri.

Mungkin apa yang berlaku ini mempunyai hikmah tersendiri yang tuhan sudah aturkan buat mereka berdua. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik dan kita hanya perlu bersabar dan menerima dengan redha.

Sumber: Instagram sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.