Hiburan

“Tuanku nak tanya mcm mana nak kacak” – Netizen

Pemangku Raja Pahang iaitu KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atau lebih mesra dengan panggil Tengku Hassanal merupakan anak kedua kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anak jati Pahang ini seorang yang sangat berdedikasi dalam memberikan sumbangan kepada rakyat. Beliau sentiasa menyantuni rakyatnya dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Menjejaki langkah ayahanda dan ibundanya yang sangat berjiwa rakyat, Tengku Hassanal juga sering kali melibatkan diri dalam melakukan pelbagai kerja-kerja amal.

Keperibadian Tengku Hassanal itu cukup disenangi rakyat. Beliau mewarisi keramahan ibundanya bergaul dengan rakyat jelata. Hal tersebut membuatkan rakyat sentiasa merasa lebih dekat dengan seorang figura yang bergelar anak raja itu.

Wajah beliau mula tular di media sosial ketika pertabalan ayahandanya sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tengku Hassanal yang mempunyai perwatakan yang tenang dan raut wajah yang tampan pantas meraih perhatian rakyat.

Sesuai dengan usianya yang masih muda, beliau juga aktif di media sosial. Muatnaik terkini melalui instagramnya, Tengku Hassanal menunjukkan sebuah gambar dirinya yang digantungkan di dinding. Dengan rendah dirinya beliau mengatakan kepada para pengikut bahawa beliau pernah berjumpa pemuda di dalam gambar itu.

Kapsyen Tengku Hassanal itu meraih perhatian netizen dan mereka memuji sikap rendah diri Tengku Hassanal dengan mngalkan komen di ruangan Instagram Tengku Hassanal. Namun begitu terdapat satu soalan dari seorang netizen yang bertanyakan bagaimanakah caranya untuk kelihatan kacak seperti beliau.

Tengku Hassanal memberikan jawapan yang sangat bersahaja bahawasanya berbuat baik dengan semua orang akan membuatkan diri kita kelihatan kacak pada mata sesiapa sahaja.

Jawapan yang sangat tepat itu mengundang rasa lucu kepada para pengikutnya yang lain. Walaupun sangat bersahaja namun jawapan yang mencuit hati diberikan oleh Tengku Hassanal itu sememangnya adalah jawapan yang paling munasabah.

Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para pengikutnya yang rata-rata sangat setuju dengan respon beliau :

bila baik dengan orang, semua suka kan, Tuanku?

ampunkan patik tuanku. Tergelak pulak. But yes it’s true. Selalu yg baik ni nampak kacak. Sekian

dan satu lagi solat sembahyang lima waktu jangan tinggal.sebab kita mendekatkan lagi allah taala.supaya kita dapat hapuskan benda2 tak baik.

Inilah yang dikata Prince Charming yang hidup di alam nyata. Siapalah agaknya gadis bertuah yang bakal menjadi isteri Tengku Hassanal nanti. Semoga Tengku Hassanal sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan umur panjang hendaknya. Amin.

Sumber : Instagram this.7 KDYMM Tengku Hassanal Shah

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.