Siapa tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Pemilik nama ini telah lama menapak di dalam industri hiburan tanah air. Dato Sri Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan Tokti kini muncul dengan single terbaru bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta pada bulan Februari yang lepas. Lagu yang berunsurkan nasihat tersebut sarat mengandungi mesej dalam membimbing dan membesarkan anak- anak.
Kisah mengenai kerjaya seni dan peribadi beliau seringkali menjadi bualan peminat. Beliau yang mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya sekitar Ogos 2006 telah menunggu hampir 11 tahun untuk mendapatkan cahaya sulungnya iaitu Siti Aafiyah.
Tanggal 19 Mac 2020 yang lalu Siti Aafiyah baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke 2. Cepat sungguh masa berlalu. Makin comel dan bijak “Aafiyah anak ibu” ni. Walaubagaimanapun, kali ini sambutan hari lahir itu dibuat secara kecil kecilan sahaja memandangkan ibu mertuanya tidak sihat dan keadaan semasa yang tidak mengizinkan.
Tokti melalui akaun instagramnya ada memuat naik ucapan video buat ibu mertuanya yang baru sahaja selesai menjalani bypass surg3ry. Video yang menampilkan si cilik Aafiyah memberikan ucapan dengan gelagat mencuit hati mendapat hampir 89,852 tanda suka.
“Hai Tok.. Semekom.. Semoga Tok Kuat Kuat..” – Aafiyah.
Comel sungguh puteri sulung kesayangan penyanyi lagu 7 Nasihat ini. Siapa la tak geram melihat telatah comelnya.
“Aafiyah buat ucapan ni sebelum Tok balik rumah dan berehat. Semoga Allah SWT beri kesihatan yang baik buat Mak, keberkatan dunia dan akhirat juga.. Love u mak.” – Tokti
Tok, Smile, Aaafiyah kelihatan sangat comel dan manja membuat aksi mengangkat kedua dua jari telunjuk ke pipi. Rata rata netizen memuji kecomelan dan kepandaian “Aafiyah anak ibu” yang mendoakan kesihatan atoknya.
“Part Smile tu sebiji muka ibu, alala bijaknya Aafiyah” – Netizen
“Allah si Comel ni.. Bijak sangat.. Good Girl muahh” – Netizen
Sebagai peminat Tokti, marilah kita sama sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ibu mertua beliau. Semoga ibu mertua Tokti diberikan kesembuhan dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini. Aammiinn.
Sumber : Instagram ctdk
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.