Hiburan

“Terkumat kamit mulut Encik Suhaimi kita” – Nabila Huda

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat kini, ramai juga individu yang sudah mula berjumpa dengan rakan-rakan dan keluarga dan masih menjaga penjarakan sosial antara mereka. Mereka sudah memulakan kehidupan ‘Normal Baru’ mereka secara aman dan berinteraksi sambil menjaga kesihatan bersama yang tersayang. Nak pula bulan Syawal bakal tiba, ramai individu lebih mementingkan keeratan keluarga walaupun harus menjaga penjarakan sosial antara mereka.

Begitu juga segelintir artis-artis tempatan yang mula melawat ahli keluarga mereka yang berada didalam negeri dan melepaskan rindu mereka. Ini termasuklah pelakon wanita berkaliber, Nabila Huda. Beliau yang dilihat sangat aktif memasak dalam laman instagram beliau ketika dalam perintah kawalan pergerakan ini.

Ketika Syawal bakal tiba, ramai individu mahu bersama ibu bapa tercinta. Hendak pula ketika perintah kawal pergerakan ini, rindu terhadap org tua kita semakin mendalam dan merindui senyuman mereka. Begitu juga Nabila Huda yang juga merindui ibubapanya dan melawati ayahnya yang dikenali sebagai Amy Search di kediaman ayahnya. Dalam ketika Nabila Huda melawati ayahnya itu, beliau sempat mengajak ayahnya menjawab soalan aplikasi instagram yang memerluukan seseorang itu membaca huruf Jawi.

Kelihatan di dalam video kongsian Nabila Huda itu, ayahnya Amy Search kelihatan mencuba untuk menyebut satu ayat yang berhuruf Jawi namun tidak berjaya. Dan kelihatan juga Amy Search tidak menyangka jawapan untuk menyebut huruf Jawi tersebut adalah nama salah seorang pelakon veteran H0llywood.

Kebanyakan netizen sangat terhibur dengan tingkah laku dua anak beranak ini. Ada juga netizen yang teringatkan akan arw4h bapa mereka selepas melihat keakraban hubungan ayah dan anak antara Nabila Huda dan bapanya. Selain itu, ada juga netizen yang sempat perhatikan susunan gigi Nabila Huda sangat sama dengan ayahnya itu.

Sempena Syawal yang bakal menjelma ini, kita seharusnya bersama dengan ibu bapa tercunta kita dan menghargai mereka selagi mereka ada. Namun, oleh kerana masih dalam perintah kawalan pergerakan, adalah lebih baik menjaga penjarakan sosial antara kita dan ibu bapa kita jika kita sayangkan mereka.

sumber : ig kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.