Hiburan

“Terfikir macam mana Jejai sentiasa ada dgn diorang dlm setiap majlis” – Netizen

Fasha Sandha atau Nur Fasha Sandha Binti Hassan merupakan seorang pelakon wanita yang terkenal di Malaysia. Fasha mempunyai kelab peminat yang diberi nama We Love Fasha Sandha yang menyokong kerjaya seninya itu selama ini. Fasha juga tidak s0mbong dan sering menjaga hati peminatnya. Fasha Sandha sering diberikan watak yang berat sejak kemunculan pertamanya dalam sebuah drama yang berjudul Natasha.

Ratu air mata yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai 4 orang adik beradik dan mempunyai seorang lagi adik, Elisya Sandha yang turut terlibat dalam dunia seni sebagai pelakon. Fasha Sandha juga dikenali sebagai seorang artis yang sangat berdisiplin dan menepati masa.

Beliau sangat komited dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon. Sekiranya ada artis baru yang tidak menepati jadual waktu penggambaran pasti akan ditegur oleh Fasha. Sikapnya itu membuatkan beliau sering mendapat pujian dan berkat disiplin yang ketat itulah yang membuatkan nama Fasha masih kukuh dalam industri.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Nora Danish iaitu Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai. Perkahwinan tersebut mengundang kontroversi kerana sewaktu Fasha dan Jejai berkahwin, Jejai telah mencraikan Nora Danish ketika sedang sarat mengandung. Hasil daripada perkahwinan tersebut Fasha dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2016, Fasha  berkata kehidupan berumah tangga yang beliau lalui dirasakan sangat mencabar. Fasha turut mengakui bahawa restu keluarga juga memainkan peranan penting dalam kehidupan pas4ngan yang telah pun berkahwin.

Fasha kini telahpun meneruskan kehidupan barunya bersama dengan seorang pelakon iaitu Aidil Aziz. Mereka berdua mula bekenalan ketika menjayakan sitkom Mamu Mami Gosip. Fasha berkata dirinya selesa bersama dengan Aidil yang sentiasa bersederhana dalam segala hal.

Fasha yang pernah mengalami keguguran sebelum ini bakal menyambut kelahiran baru bersama Aidil tidak lama lagi. Tidak lupa kepada anak sulungnya, baru-baru ini Fasha telah meraikan hari jadi anak sulungnya iaitu Putra Rayfal bersama bekas suami Jejai.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dibuat dirumah Fasha dan di hadiri oleh ahli keluarga Fasha. Apa yang menarik ialah kehadiran Jejai di dalam majlis tersebut tidak langsung dirasakan kekok. Malahan kehadiran beliau disambut dan diraikan oleh keluarga Fasha. Aidil juga nampak sangat sporting bergambar bersama Jejai. Bertuah Rayfal kerana mempunyai dua orang ayahanda yang ikhlas menyayangi dirinya.

Perkara yang telah berlaku sebelum ini biarlah berlalu. Fasha dan Jejai juga tidak menyimpan dndam dan telah ikhlas menerima takdir masing-masing. Netizen terharu dengan sikap kekeluargaan yang ditunjukkan oleh mereka berdua yang berdamai demi kebahagiaan anak-anak. Netizen berharap semoga Jejai juga cepat dipertemukan jodoh dan mendoakan hubungan kekeluargaan mereka menjadi seperti keluarga Abby dan Norman yang kini harmoni dan sangat bahagia.

Syabas Fasha kerana menjadi contoh buat netizen di luar sana. Walaupun jodoh tidak panjang namun kebajikan dan kebahagiaan anak-anak tetap diutamakan.

Sumber : Instagram fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.