Hiburan

Terbaik ajaran ibu bapa adik ni, kecil-kecil dah belajar jadi imam

Anak-anak boleh diibarat seperti kain putih. Ibu dan bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan masa depan anak tersebut. Sebagai insan yang paling dekat dengan anak-anak sejak lahir, ibu bapa merupakan model terbaik untuk anak-anak memulakan sesuatu. Anak-anak kecil dan masih senang dibentuk akan timbul minat untuk bersolat sekiranya melihat ibu bapanya mengerjakan solat.

Sejajar dengan ajaran islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah, sebagai ibu bapa kita perlulah memberikan pendedahan mengenai solat kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.

Sekiranya menunaikan solat dirumah, lebih afdhal untuk mengerjakan solat secara berjemaah bersama ahli keluarga. Kemudian ambillah sedikit masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak mengingatkan tentang kewajiban solat dan ancaman dosa. Pastinya jika dilakukan secara istiqamah bakal mngalkan kesan dalam diri anak-anak.

Menerusi satu ciapan di twitter, seorang pemuda berkongsi sebuah video menunjukkan seorang bapa yang sedang mengajar anaknya untuk menjadi imam.

Walaupun bacaan kanak-kanak tersebut agak kelam kabut namun usaha bapanya untuk memberikan pendedahan mengenai cara untuk mengerjakan solat sebagai imam seharusnya dipuji.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa didikan agama perlulah diberikan ketika masih kecil supaya dapat membentuk keperibadian anak-anak apabila besar.

Bak kata pep4tah melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen:

Teringat dulu kecik kecik banyak surah hafal. Bila dah besar ni, dosa pun banyak. Surah yang lazim pun dah start lupa.

Masyaallah powernya kita yang dah 25 tahun ni pun baca al falaq tak jumpa jalan penamat.

Ibu bapa tidak boleh berputus asa dalam memastikan anak-anak menunaikan solat. Sudah tentu pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa diharungi diperingkat awal. Namun amanah tersebut perlulah digalas dengan baik bagi mencapai objektif keluarga yang sakinah mawaddah warahmah.

Sumber : twitter EJAD aaizatnizam

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.