Hiburan

“Tengok ulang-ulang sebab nak tengok jari Cik Hasnia” – Netizen

Pemilik nama Marsha Milan Londoh ini memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi dan kemudiannya mendapat tawaran sebagai pelakon. Marsha berasal daripada program televisyen Akademi Fantasia (AF) musim ketiga. Beliau menyertai AF musim itu bersama Mawi dan juga Felix. Namun namaya sedikit tenggelam dek kerana gelombang Tsumawi pada ketika itu. Fenomema Tsumawi waktu itu tidak dapat dibendung. Populariti dan nama Mawi naik mencanak sehingga menenggelamkan rakan-rakan AF yang lain. Marsha bertuah kerana bakatnya lebih menyerlah dalam bidang lakonan dan banyak mendapat tawaran untuk berlakon drama dan filem.

Pada awal kemunculannya sebagai pelakon, Marsha sering diberikan watak sebagai gadis penggoda kerana beliau berpakaian s3ksi. Namun kemudiannya Marsha diberikan watak yang lebih mencabar di dalam filem seram dan sejak itu wajah beliau sering menghiasi drama dan juga filem-filem seram tempatan. Wataknya yang paling berkesan ialah ketika melakonkan babak dirasuk di dalam filem Jwanita bersama pelakon Maya Karin.

Marsha mendirikan rumahtangga bersama seorang usahawan daripada Kedah iaitu Mohamed Shaiful Nizam Ismail. Beliau yang masih lagi baru memeluk agama islam bertuah kerana mendapat bimbingan daripada keluarga mertuanya. Hampir 5 tahun mendirikan rumahtangga, Marsha tidak merasa kekok untuk bergaul bersama keluarga mertuanya kerana sejak bernikah, Marsha tinggal bersama mereka.

Berkat tinggal sebumbung, dirinya menjadi lebih berdisiplin dan terdidik dengan amalan dan budaya Islam. Suami Marsha juga mempunyai seorang ibu saudara yang mengidap Sindr0m D0wn dikenali sebagai Cik Hasnia yang turut tinggal bersama dan dijaga oleh keluarga mertuanya.

Baru-baru ini pensyarah vokal terkenal iaitu Datuk Syafinaz telah memulakan cabaran untuk menyanyikan 3 nada kebawah dengan tanda pagar 3octavesdescendingscale. Cabaran tersebut bermula menerusi Instagram Datuk Syafinaz. Sebagai seorang guru vokal, Datuk Syafinaz berjaya menyanyikan nada tersebut dengan mantap.

Menerusi tanda pagar 3octavesdescendingscale itu juga Datuk Syafinaz telah mencabar beberapa rakan artis lain. Beberapa orang artis yang telah menyahut cabaran ialah Wani Kyrie dan juga Sarah Suhairi.

Selepas ditag beberapa rakan di instagram untuk melakukan cabaran 3octavesdescendingscale. itu, Marsha membuat keputusan untuk menyahut cabaran tersebut. Semasa membuat cabaran menyanyikan nada itu, Marsha merakamkan video bersama Cik Hasnia. Cik Hasnia yang duduk bersebelahan Marsha menyerikan lagi video itu menerusi gelagatnya.

Cik Hasnia melihat jari Marsha yang bergerak-gerak mengikut nada, lalu cuba meniru dan menggerakkan jari beliau. Namun Cik Hasnia yang hanya menggerakkan jari tanpa memahami apa yang sedang dilakukan oleh Marsha menarik perhatian netizen. Comel betullah Cik Hasnia ni. Cik Hasnia mengikut sahaja apa yang Marsha buat tanpa banyak soal.

Para netizen terhibur melihat Cik Hasnia yang kelihatan mahu menyertai Marsha menyanyikan nada tersebut. Walaupun tidak memahami apa yang Marsha lakukan, Cik Hasnia tetap berusaha untuk turut serta dengan hanya membuat gaya jari. Setiap kali Marsha memuat naik aktiviti diirnya bersama Cik Hasnia, netizen cepat tersentuh hati melihatkan keikhlasan dan kemurnian hati Marsha dalam menjaga dan melayani golongan seperti itu. Berikut beberapa komen netizen mengenai Cik Hasnia.

Mungkin contoh melalui tauladan yang telah Marsha tunjukkan ini dapat mendidik masyarakat supaya lebih menerima golongan ini dan peka akan kebajijkan mereka kerana mereka juga sebahagian daripada masyarakat. Menjaga golongan seperti sememangnya beroleh pahala yang sangat besar. Mana tahu asbab menyantuni dan menjaga mereka ini dengan penuh kasih itu lah bakal menempah tiket kita ke syurga. Amin.

Sumber : Instagram marshamilan

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.