Hiburan

“Tarikh tu nanti tunggu kami umum k” – Dato Rizalman

Nama besar selebriti cantik Noor Neelofa dan pereka fesyen Dato Rizalman Ibrahim bukan nama yang calang-calang lagi dalam industri hiburan tanah air ini. Kalau sebut sahaja nama mereka berdua, pasti ramai yang mengenali mereka dengan kerja dan hasil hebat yang telah dihasilkan sekaligus menjadikan Neelofa dan Dato Rizalman antara mereka yang disegani dalam industri hiburan.

Dato’ Rizalman telah memuatnaik gambarnya bersama artis cantik Neelofa ini di laman Instagramnya dengan caption yang mengejutkan ramai pihak terutama sekali buat para peminat sendiri. Gambar itu terlihat sepadan dan mesra serta mendapat pujian orang ramai yang teruja dengan berita gembira yang bakal dikhabarkan oleh mereka berdua. Bukan sahaja itu, gambar yang dimuatnaik juga terselit dengan kata-kata ‘I Love You’ dari Dato’ Rizalman kepada Neelofa.

Tetapi keadaan sebenarnya adalah untuk menarik perhatian para netizen dan peminat untuk tertunggu-tunggu dengan berita yang bakal disampaikan daripada mereka berdua. Dato’ Rizalman dan Neelofa sebenarnya telah bergandingan untuk menjadi model kepada jenama besar Chr1stian Dior sendiri dan ini merupakan salah satu cara bagi menarik minat dan mempromosikan jenama Dior sempena Hari Wanita Sedunia beberapa hari lagi.

Selain Neelofa dan Dato’ Rizalman, kempen Dior ini turut disertai oleh Scha Al-Yahya, Aiman Hakim Ridza, Siti Saleha dan ramai lagi ikon hebat yang turut serta menjadi model buat jenama besar ini. Menjadi model buat jenama antarabangsa bukan sesuatu yang baru buat Neelofa sendiri kerana sebelum ini dia juga pernah dipilih untuk menjadi model buat jenama Lancome, Chanel, Swarovski dan banyak lagi. Ini sekaligus telah menjadikan dirinya sebagai ikon model mslim berhijab yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa dan bukan dalam negeri sahaja.

Sebelum ini Neelofa pernah mengatakan bahawa menjadi model buat jenama mewah yang pernah diterimanya bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak kurang hebat dengan Dato’ Rizalman yang amat berpengalaman dalam rekaan fesyen dan merupakan seseorang yang disegani oleh penggiat fesyen tempatan dan antarabangsa.

Ramai yang memuji dengan kepadanan gandingan Dato’ Rizalman dan Neelofa untuk jenama mewah Chr1stian Dior itu. Para peminat dan netizen juga turut memberi sokongan kepada mereka berdua dan mengucapkan tahniah dengan pencapaian yang dikecapi.

Pasti hampa buat para peminat Neelofa dan Dato’ Rizalman yang menganggap bahawa mereka berdua mempunyai hubungan dan bakal mengumumkan berita gembira yang telah ramai dinantikan oleh orang ramai. Tahniah diucapkan buat Dato’ Rizalman dan Neelofa kerana telah terpilih menjadi model untuk kempen Chr1stian Dior ini dan semoga terus berjaya menempa nama ke peringkat yang lebih tinggi yaa.

Sumber: Instagram Dato’ Rizalman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *