Dato’ Chef Wan, atau nama sebenarnya Chef Dato’ (Dr) Redzuawan bin Ismail merupakan seorang chef, pengacara dan pelakon yang terkenal di Malaysia. Selain daripada muncul di program-program masakan, beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem di antaranya Lurah Dndam dan Soal Hati. Dato’ Chef Wan yang dilahirkan di Singapura pada 6 Januari 1958 ini pernah mengahwini sepupunya sendiri pada tahun 1982 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohd Nadzri dan Serina. Walaubagaimanapun perkahwinan bersama Norhayati binti Ayub itu tidak kekal lama dan mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan hidup masing-masing tidak lama kemudian.
Dato’ Chef yang mempunyai kelulusan dalam bidang perakaunan telah melanjutkan pengajian keperingkat lebih tinggi di Universiti New South Wales, Australia. Menariknya beliau yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang masakan ini mula berkecimpung dalam bidang itu sewaktu membantu sahabatnya menguruskan sebuah restoran di Sydney.
Sejak dari itu, Dato’ Chef Wan telah menyemai minatnya dalam bidang masakan dan mengikuti kursus ijazah selama 3 tahun di California Culinary Academy di San Francisco. Prestasinya yang luar biasa membolehkan beliau ditawarkan biasiswa untuk bertugas di sebuah kolej masakan yang terkemuka di dunia iaitu École de Gastronomie, Française Ritz Escoffier di Paris selama 1 tahun. Wow hebat sungguh latar belakang Dato’ Chef Wan ni kan?
Sekembalinya beliau ke Malaysia, Dato’ Chef Wan telah mengikat kontrak dengan siri masakan Kuali dan juga terlibat dalam pelbagai lagi program masakan yang di siarkan di kaca televisyen seperti Selera Saji Bistari dan juga Ole-Ole Chef Wan.
Mempunyai trademark beliau sendiri yang sering berleter ala nenek-nenek di kampung sewaktu berinteraksi bersama penonton, membuatkan Dato’ Chef Wan disenangi pelbagai golongan terutamannya k4um Hawa. Beliau mampu menarik minat para penonton dengan langkah penyediaan resepi yang mudah serta menghiburkan penonton dengan leteran beliau yang mencuit hati.
Walaupun Dato’ Chef Wan sudahpun terkenal di peringkat antarabangsa, namun beliau tidak pernah melupakan jasa orang tua dan beliau kini berbakti menjaga ibunya yang sudah tua. Bagi pengikut setia Dato’ Chef Wan pasti mereka tahu yang Dato’ Chef Wan sangat menyayangi ibunya yang mengidap peny4kit Dementia ini.
Dato’ Chef Wan juga kerap memuatnaik entri mengenai ibunya disamping perkembangan terkini kerjaya beliau di laman sosialnya itu. Syurga itu sesungguhnya di bawah telapak kaki ibu. Kesabaran Dato’ Chef Wan dalam melayani ibunya wajar dicontohi.
Ibu Dato’ Chef Wan yang lebih mesra dengan panggilan Cik Ani sudah pun lanjut usia dan pada tahap ini sesetengah individu akan kembali ke alam kanak-kanaknya. Walaupun menuntut kesabaran yang tinggi, anak-anak haruslah berkorban dan tetap menjaga ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang.
Muatnaik video terkini Cik Ani sedang mendengar lagu sambil menggoyangkan tangan, telatah Cik Ani mencuit hati netizen.
Walaubagaimanapun video tersebut mengundang kritikan daripada seorang netizen yang mahukan Dato’ Chef Wan supaya menyuruh ibunya membaca ayat suci Al-Quran. Ada sahaja yang tidak kena pada mata netizen ni yaa. Menyedari hal berkenaan Dato’ Chef Wan tidak berdiam diri dan terus menjawab kritikan tersebut.
“Don’t choose this platform to crit1sed me or my mother. Kita dengar ayat-ayat Al-Quran di rumah setiap maghrib dan subuh pun kita tak perlu cerita satu dunia. U tahu ke kita dengar atau kita nib aca Al Quran ke tidak for u to judge.. fikiran sangat sempit.. orang dengar music pun dia kepoh nak judge dan mengajar kita macam ustazah pulak.. sikap yang tak baik selalu pandang serong pada orang lain terus hati tu rasa dan terlalu sempurna there for I have to preach others” – Dato’ Chef Wan
Namun tidak semua netizen yang berfkiran seperti itu, ada juga yang menyokong tindakan Dato’ Chef Wan yang hanya ingin menggembirakan hati orang tua.
“Tengok cik ani happy kita yg tkder mak tumpang gembira.alhamdulilah saya dpt jaga mak saya mcm dato buat.orng tua perluukan hiburan bknlah 24jam nk ngaji dgn nk tunjuk kt ig.” – Netizen
“tak salah hiburkan hati ibu…..itu pun dpt juga pahalanya kan….” – Netizen
“alhamdulillah .anak yang soleh..syurgamu ada di ibu mu..buat ibu tenang gembira dah ada barakahnya. untuk chef…ada ms ibu nk hiburan jg..good job chef..” – Netizen
Susah nak puaskan hati semua orang bukan.? Yang penting asalkan Cik Ani gembira itu pun sudah memadai. Buat sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa, hargailah mereka ketika mereka masih bersama kita. Jaga lah kebajikan mereka dan tunaikan lah tanggungjawab sebagai seorang anak sebagaimana mereka telah membesarkan kita suatu masa dahulu. Semoga Dato’ Chef Wan terus menjadi teladan dan inspirasi kepada masyarakat dalam berbakti kepada ibunya.
Sumber : Instagram _chefwan58
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.