Umum

“Sepatutnya semua suami kena buat mcm ni kat isteri”

Tiada yang lebih menguatkan semangat isteri itu melainkan Tuhan dan suaminya. Salah satu keistimewaan suami yang Allah kurniakan adalah kebolehan memberi ketenangan kepada isteri dengan sentuhannya. Sebab itulah isteri lebih berasa tenang apabila suami memel0k dan menc1um mereka dengan penuh kasih sayang. Lebih-lebih lagi apabila seseorang isteri itu berada dalam kes4kitan seperti hendak melahirkan anak.

Walaupun pada masa perintah kawal pergerakan pemulihan sekarang, ramai juga ibu-ibu yang sudah dijangka akan melahirkan anak pada masa sekarang. Dan ramai juga yang telah selamat melahirkan cahaya mata yang ditunggu-tunggu. Ini tidak terkecuali dengan keluarga kecil pelakon lelaki sasa, Saharul Ridzwan, yang menanti kelahiran anak kedua mereka tak lama lagi.

Baru-baru ini, Saharul Ridzwan berkongsi momen dimana beliau sedang menenangkan isterinya dengan membacakan doa Nabi Yunus kepada isteri dan kandungannya yang dijangka akan dilahirkan dalam bulan Syawal ini.

Dilihat didalam video tersebut, Saharul sedang membacakan doa Nabi Yunus sambil mengusap-usap perut isteri tercinta dan ternampak wajah tenang tertunjuk pada wajah isterinya, Deena Amir. Mereka kelihatan sangat menyayangi antara satu sama lain dan nampak keserasian mereka bersama.

Netizen sangat mengagumi sifat penyayang Saharul Ridzwan yang mahu melihat isterinya tenang dalam keadaan sarat mengandung. Ada juga netizen yang mengatakan bahawa setiap suami seharusnya mencontohi sifat penyayang Saharul Ridzwan terhadap isterinya. Ramai juga yang mendoakan agar proses kelahiran isteri Saharul dipermudahkan dan berjalan lancar.

Memang sukar untuk menjumpai lelaki seperti Saharul Ridzwan yang sangat mencintai isterinya sehingga kalau boleh beliau mahu Tuhan permudahkan segalanya untuk isterinya ketika dalam proses kelahiran nanti. Makanya, suami-suami diluar sana jika mahu kasih sayang yang setimpal dari isteri, andalah yang seharusnya memulakan langkah itu dahulu dan tunjukkan kasih sayang anda melalui sentuhan dan dengari keluhan s4kit lelah si isteri.

sumber : ig saharulridzwan

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.