Hiburan

“Sembang bahasa Arab ke tu Yusuf” – Hanis Zalikha

Menjejakkan kaki ke tanah suci pastinya menjadi dambaan dan impian hidup bagi setiap orang. Bukan sahaja memerluukan komitmen dari segi wang ringgit yang banyak, tenaga dan masa juga banyak digunakan untuk berada di sana. Tetapi beruntung buat anak lelaki sulung dari keluarga kecil selebriti ini yang sudah dapat menjejakkan kakinya ke tanah suci pada umur 2 tahun lagi.

Siapa tidak kenal lagi dengan si cilik comel yang bernama Yusuf Iskandar ini. Dilahirkan pada tahun 2016, Yusuf merupakan anak kepada pas4ngan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang sama-sama sudah membina nama dalam bidang hiburan sejak sekian lamanya terutama dalam bidang lakonan.

Pada tahun lepas pula, Yusuf telah dikurniakan seorang adik perempuan yang sangat comel bernama Alisa Aisyah. Ketika itu, Hairul meluahkan rasa syukur yang teramat kerana kedua-dua anak kesayangannya telah lahir pada hari Jumaat.

Telatah lucu kedua adik-beradik ini sering mendapat perhatian kerana walaupun Yusuf masih kecil, rasa kasih dan sayang kepada adiknya sangat besar. Dia juga sering mendapat perhatian kerana kebijaksanaannya ketika bertutur dalam bahasa Inggeris dan belajar mengenai Sains.

Video Yusuf yang dimuatnaik oleh Hanis Zalikha di laman Instagramnya telah mendapat perhatian ramai orang. Walaupun video tersebut diambil beberapa tahun lalu, tetapi mereka masih teruja dan geram melihat keberanian Yusuf ketika berada di tanah suci untuk mengambil air zam-zam sendiri tanpa menyusahkan ibu dan ayah. Mereka mengakui kebijaksanaan yang dimiliki oleh Yusuf ini adalah kerana hasil didikan yang baik dari Hanis dan Hairul sendiri.

Yusuf juga kelihatan seperti bersembang dengan seorang lelaki Arab yang ketika itu turut mengambil air zam-zam di sana. Geram dengan kecomelan Yusuf, lelaki itu akhirnya mengusap kepala Yusuf dan menc1um kepalanya sebelum berlalu pergi. Hairul Azreen dan para netizen yang lainnya turut cuba meneka-neka perbualan di antara Yusuf dengan lelaki tersebut.

Entah apa lah yang disembangkan Yusuf dengan lelaki tersebut agaknya ya. Ramai yang nak tahu apa perbualan mereka berdua kan. Semoga Yusuf membesar dengan baik, bijak serta soleh kepada kedua ibu bapa ya.

Sumber: Instagram Hanis Zalika

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.