Pelakon Mustapha Kamal popular dalam kalangan penonton setiap kali berlakon dalam drama atau filem. Watak sebagai bapa yang sering dipegang oleh pelakon senior ini jarang sekali mengecewakan penonton dengan lakonan mantapnya. Apa sahaja drama atau filem yang dibintangi pasti akan membawa watak sebagai seorang bapa sehingga ramai netizen mula perasan wataknya yang sering dipegang itu.
Mustapha Kamal atau dikenali sebagai Papa CEO Megah Holding telah lama menempa nama dalam industri hiburan tanah air masih aktif berlakon walaupun umurnya telah mencecah 58 tahun. Fizikalnya juga masih sihat dan cergas.
Bercerita tentang kehidupan peribadinya, seperti yang ramai ketahui Mustapha Kamal telah mendirikan rumah tangga bersama salah seorang pelakon Malaysia iaitu Susan Manen. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata yang masing-masing kini sudah meningkat remaja. Wajah keempat-empat orang cahaya mata mereka iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qurani dan Naqli Qaddiem persis ibu bapanya yang cantik dan kacak.
Baru-baru ini juga, Mustapha Kamal telah berkongsi gambar keluarganya menerusi laman Instagram bersempena sambutan hari raya Aidilfitri. Gambar keluarga yang dimuatnaik Mustapha sendiri menjadi perhatian dan telah menerima komen ucapan raya daripada peminat-peminatnya.
“Selamat hari raya abe mus sekeluarga”- Netizen
“Selamat hari raya abang mus dan family”- Netizen
“Selamat hari raya kepada Abe Mus sekeluarga seronok saya tengok Linda Menon & anak2 abe”- Netizen
Dalam pada itu, foto keluarga Mustapha telah menerima 1,200 tanda suka daripada peminat-peminatnya. Laman Instagramnya juga sentiasa berkongsi aktivitinya bersama isteri dan anak-anak.
Cantik dan kacak anak-anak Abe Mus kita ni ya.. Ikut sama macam muka ibu bapanya. Alhamdulillah masing-masing dah meningkat remaja. Apa-apa pun, Selamat Hari Raya buat Abe Mus sekeluarga.
Sumber: instagram Mustapha_kamal
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.