Hiburan

“Saya perlukan isteri sekarang, saya nak b4by”- Naim Daniel

Sememangnya punyai anak ini adalah antara satu cabaran hidup yang akan dilalui oleh sesebuah pas4ngan yang berkahwin. Memang setiap anak itu punyai kerenah dan ragam yang berlainan. Namun, itulah sebenarnya kemanisan dalam menjaga dan mendidik anak-anak ketika mereka membesar di depan mata kita. Kemanisan itulah yang akan menjadi memori terindah buat kita ketika kita sudah lanjut usia nanti.

Begitu juga lah dengan pelakon, penyanyi dan pengacara rancangan tv terkenal, Alif Satar yang dilihat bukan sahaja sebagai seorang suami yang romantik terhadap isterinya, malah dicop sebagai ayah yang penyayang oleh netizen.

Baru-baru ini, Alif Satar berkongsi momen beliau melayan anak-anak beliau di kediaman beliau.

Di kapsyen Alif Satar, beliau juga sempat berkata beliau sangat menyayangi anak-anak perempuan beliau dan berpesan utnuk tidak meletakkan beliau di rumah orang tua apabila sudah dewasa nanti.

Rakan artis juga sangat terhibur melihat gelagat anak-anak Alif dan mengatakan anak-anak Alif kelihatan sangat comel melayani bapanya.

Tidak melepaskan peluang juga, Naim Daniel juga sempat berseloroh di ruang komen Alif Satar dengan mengatakan beliau perluukan seorang isteri kerana mahukan anak.

Sikap Alif Satar terhadap anak-anaknya harus dicontohi kerana anak-anak lebih senang belajar jika ibubapanya sendiri yang mengajar dan mendidik mereka. Perkembangan otak anak-anak itu akan menjana pembelajaran dengan lebih baik.

sumber : ig alifsatar

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *