Hubungan silaturahim antara suami isteri harus dijaga dengan baik kerana ia menjamin kebahagiaan hidup berumahtangga. Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan sekarang ini, kebanyakan masyarakat kelihatan banyak meluangkan masa bersama keluarga di dalam rumah. Kelihatan ramai yang berkongsi hubungan kekeluargaan antara suami isteri dan anak-anak mula rapat sejak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan.
Seperti masyarakat lain yang bertanggungjawab juga, keluarga pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander juga meluangkan banyak masa bersama isteri dan anak-anaknya. Sebagai seorang bapa, beliau juga dilihat seorang bapa yang sangat ‘sporting’ bersama anak-anaknya.
Baru-baru ini, beliau berkongsi momen beliau membacakan tips nasihat dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai cara untuk mengelakkan perg4duhan suami isteri di rumah ketika dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini.
Dilihat di dalam video tersebut, Harith Iskander menekankan poin kelakar yang diberikan iaitu cuba menasihati suami atau isteri dengan menggunakan suara yang manja seperti Doraemon jika suami atau isteri kita melakukan perkara yang bercanggah dengan kehendak kita.
“Sejak saya tiada hendak membuat apa apa ketika perintah kawalan pergerakan ini, saya terfikir untuk berkongsi tips dan nasihat yang diberikan oleh Kementerian Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Wanita tidak perlu untuk membuat suara kartun untuk didengari oleh suami mereka. Lelaki pula tidak patut menerima naratif seperti ini tetapi kita harus bangun dan menjadi versi kita yang lebih baik. Saya lelaki dan saya bangga untuk membuat suara Doraemon” kata Harith Iskander dalam kapsyen beliau.
Selain itu juga, beliau ada berkongsi beliau menolong isterinya membuat cekodok didapur dan beliau menjawab soalan isterinya dengan menggunakan suara kartun Doraemon.
Ramai netizen yang terhibur melihat gelagat comel Harith dan isterinya dan mengatakan mereka dapat melepaskan tekanan apabila melihat video mereka.
Apa yang dikongsikan Harith Iskander itu sangat benar cumanya beliau hanya membuatkan ia menjadi kelakar supaya masyarakat lebih memahami bahawa dalam rumahtangga harus ada gurauan manja dan gelak tawa supaya kemanisan cinta itu sentiasa ada.
sumber : ig harithiskander
Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.