Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi di Malaysia. Di samping menjalankan ativiti dakwahnya, Ustaz Ebit Lew juga sangat terkenal dengan kerja-kerja amal. Beliau sanggup menjelajah di seluruh pelosok tempat untuk menyebarkan dakwah dan berbuat kebaikan. Maka tidak hairanlah insan ini amat dikagumi oleh masyarakat. Aura positifnya juga bukan sahaja ditunjukkan melalui perilakunya yg lemah lembut dalam berbicara malahan keperibadian dirinya dalam menyantuni keluarga juga wajar dijadikan contoh.
Semasa menjalankan kerja dakwah, beliau sedari bahawa pelbagai isu sosial yang menjadi punca kepada keruntuhan sesebuah keluarga. Mengambil maklum keadaan tersebut Ustaz Ebit melancarkan seminar keluarga Sunnah untuk memberikan bimbingan bagi golongan yang ingin memperbaiki diri dan keluarga.
Ustaz Ebit Lew menjadikan kehidupan Rasullullah sebagai panduan untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan berkeluarga. Bagi mewujudkan rasa cinta terhadap Rasulullah, Ustaz menghidupkan amalan sunnah seperti makan didalam talam bersama keluarga. Setiap kali waktu Magrib hingga Isyak juga Ustaz mengamalkan sembahyang berjemaah dan menghabiskan masa membuat aktiviti bersama keluarga seperti membaca al-quran dan bercerita kisah nabi.
Sesungguhnya saling berkasih sayang diantara suami isteri itu adalah sangat dituntut didalam islam. Suami disarankan untuk menyantuni isteri dan begitu juga sebaliknya. Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di Instagram malaysiaigers menunjukkan Ustaz Ebit membelikan sejambak bunga buat isterinya.
Bagi menambah elemen kejutan, Ustaz tidak mendedahkan hadiah itu terlebih dahulu. Beliau membawa isterinya keruang tamu rumah kemudian baharulah mengalihkan kain yang menutupi jambangan bunga itu. Jelas terpancar seri di wajah isterinya yang nyata gembira dengan kejutan tersebut. Romantik betul ustaz ya.
Sejuk hati melihat layanan yang ustaz berikan buat isteri tercinta. Walaupun sering sibuk dengan kerja-kerja amal tetapi ustaz sangat perihatin terdapat isteri dan anak-anaknya. Kasih sayang ustaz terhadap keluarganya dapat dilihat menerusi perkongsian beliau melalui akaun Instagram peribadinya.
Memang patut kita semua contohi cara ustaz melayani isterinya. Kehidupan berkeluarga ini ibarat ladang pahala namun terserah kepada kita cara untuk membawa keluarga kita ke syurga.
Romantik sangat Ustaz Ebit dengan isterinya ini. Semoga cara beliau ini boleh dijadikan inspirasi buat orang lain untuk diamalkan bersama.
Sumber : Instagram malaysiaigers
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.