Hiburan

“Saya dalam kekeliruan, bila dia ada saya rasa serabut pulak” – Datin Shahida

Perkhabaran mengenai hubungan pas4ngan sensasi ini yang telah kembali pulih disambut dengan rasa penuh kesyukuran oleh para peminat mereka berdua.  Peminat yang mengikuti kisah mereka tidak jemu untuk mendoakan rumahtangga mereka agar kembali seperti sediakala. Kini para peminat boleh menarik nafas lega apabila melihat kemesraan pas4ngan sensasi ini setelah mereka berdua berbaik.

Sejak hubungan pas4ngan ini kembali pulih, mereka berdua kelihatan sangat rapat seperti peribahasa pas4ngan ‘ibarat belangkas’. Seolah-olah kembali semula ke alam bercinta, tempoh masa selama 4 bulan yang di ambil Dato’ Aliff Syukri menjarakkan diri daripada keluarga benar-benar telah menonjolkan sisi baru dalam dirinya.

Beliau juga sebelum ini ada menyatakan bahawa beliau ingin menjadi Dato’ Aliff Syukri yang baru dan lebih matang. Tempoh muhasabah diri mengajar beliau untuk lebih menghargai isteri dan anak-anak sebagai pelengkap dalam kehidupan.

Menerusi muatnaik terkini video di laman youtube beliau iaitu TV Terlajak Laris, Dato’ Aliff telah mengajak isterinya Datin Shahida untuk keluar bersiar-siar menaiki motosikal bersama anaknya Raudhah di sekitar kawasan perumahan.

Pada awalnya Datin Shahida tidak bersetuju kerana sedang sibuk didapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Namun Dato’ Aliff tidak berputus asa dan berusaha memujuk sehingga Datin Shahida akhirnya mengikuti kemahuan Dato’ Aliff itu.

Semasa sedang bersiar-siar, pas4ngan ini saling bercerita mengenai pengalaman sepanjang mereka mendirikan rumahtangga. Boleh tersenyum penonton dibuatnya. Memang romantik habis.

Video tersebut dihujani ucapan penuh kesyukuran daripada netizen. Netizen mengakui lebih menyukai personaliti Dato’ Aliff Syukri yang baru berbanding yang sebelum ini. Rata-rata mendoakan agar hubungan mereka sentiasa bahagia dan berkekalan selamanya.

“Adoi sweet sweet bersemut. Mcm pengantin baru dah. Semoga sentiasa ceria dan bahagia” – Netizen

“Wow…I noticed when u guys were apart,ur faces looked so sad but nw that you two are together u guys looked sooo happy, clearly you both love each other very much” – Netizen

“Tlg jgn gduh2 lgi.. Dato, kmu tu baik orgnya.. Datin tu lembut orgnya.. Sygilah family dato” – Netizen

“Yaa Allah happy nye sy tngk kuarga dtuk hppy cm dlu dlu blik..moga kuarga dtuk bhgia dunia akhirat..” – netizen

Ramai yang sukakan perubahan Dato’ Aliff dimana Dato’ Aliff kini nampak lebih mesra bersama isteri dan anak-anak. Besar harapan para peminat supaya Dato’ Aliff terus istiqamah dengan cara beliau sekarang yang lebih bersederhana. Tengok keluarga ini gembira kita pun sama gembira kan?

Sumber : y0utube TV Terlajak Laris

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.