Pelawak dan penyampai radio sinar iaitu Jep sepahtu mengumumkan isterinya telahpun selamat melahirkan anak kedua mereka. Pengumuman itu dibuat oleh Jep menerusi akaun instagramnya sebentar tadi. Terdahulu Jep Sepahtu atau nama sebenar beliau Mohd Nadzri bin Zainal Abidin telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon kecil molek Sariyanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Dariya Inara pada April 2018.
Walaubagaimanapun Jep masih belum berkongsi nama anak beliau itu kepada umum. Pastinya sambutan syawal kali ini mngalkan kenangan yang indah buat Jep sekeluarga.
Untuk kelahiran kedua ini, psangan ini dikurniakan seorang anak lelaki. Sudah semestinya Jep merupakan orang yang paling gembira kerana telah memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan. Sariyanti sebelum ini telahpun mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya sebelum ini.
Berkongsi sekeping gambar separuh wajah anaknya itu bersama para pengikut akaun Instagram beliau, Jep meluahkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan cahaya mata kedua. Beliau juga tidak lupa berterima kasih buat isterinya yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak kedua mereka itu.
Instagram Jep dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan juga daripada para peminat beliau. Mereka semua turut mendoakan anak Jep supaya membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapanya.
Walaupun Jep masih belum berkongsi wajah penuh anaknya, namun pastinya wajah anak lelakinya itu secomel ibunya dan juga sekacak ayahnya. Tahniah Jep kerana bertuah kini telah memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan.
Sumber : Instagram jepsepahtu
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.