Hiburan

Sariyanti bertarung nyawa dalam labour room, Jep hampir nak menangis

Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio Sinar iaitu Jep Sepahtu mengumumkan isterinya iaitu pelakon Sariyanti telah selamat melahirkan anak kedua mereka. Untuk kelahiran kedua ini, psangan ini dikurniakan seorang anak lelaki. Sudah semestinya Jep merupakan orang yang paling gembira kerana telah memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan. Sariyanti pula telahpun mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya sebelum ini.

Terdahulu Sariyanti atau nama sebenar beliau Sari Yanti binti Dato’ Mohamad Nazari telah mendirikan rumahtangga bersama Jep Sepahtu atau nama sebenar beliau Mohd Nadzri bin Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan  seorang anak perempuan iaitu Dariya Inara pada April 2018.

Sariyanti mengakui pengalaman bersalin kali ini sangat bersejarah buat dirinya kerana ibu bapa dan keluarga tidak dapat hadir bersama di hspital ketika beliau dimasukkan ke w4d bersalin akibat krisis pandemic Covid19.

Menyingkap kembali dugaan disebalik rezeki yang tuhan kurniakan ini, sebelum ini Sariyanti mengalami keguguran kerana mengandung diluar rahim. Kandungan tersebut membesar di dalam tiub fall0pian lantas menyebabkan tiub fallopian beliau pecah dan terpaksa menjalani pembdahan membuang tiub fall0pian. Begitu besar kuasa tuhan, Sariyanti tidak menyangka walaupun hanya mempunyai satu tiub fall0pian, beliau kembali hamil.

Sariyanti yang baru saja menyambut kelahiran cahaya mata keempat pada 6 Jun yang lalu, menceritakan pengalaman yang beliau lalui ketika melalui detik bersalin menerusi instagramnya. Kali ini, beliau diuji kerana melalui proses kelahiran yang agak sukar. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih buat para jururawat yang sudi membantu ketika beliau berada di dalam bilik bersalin.

View this post on Instagram

Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak 🤗 – dah hari ke 10 hari ni., tadi pun dah pegi first hospital visit dengan Baby. 6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak? 😅 Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit. Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has.,Kak Riza, kak Bedah dan team. – 💚 (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan 😅 maafkan saya 🙏) . . Suami kakak. Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.. ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa.❤ – terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I 💋 @jepsepahtu . Mak ayah keluarga Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah , aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada. – Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai. 🤲❤ . Pukul 11.44pm Baby pun selamat dilahirkan. – Subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah .. Allahuakbar. Syukur Alhamdulillah. . . Alhamdulillah untuk semuanya Ya Allah Ya Rabb. Untuk kesakitan, Untuk pengalaman, Untuk setiap titik keringat dan air mata, Untuk satu lagi anugerah, Untuk cinta dan sayang suami, Untuk doa dan kasih ibu bapa Untuk sokongan keluarga dan sahabat .. Untuk keselamatan dan kesihatan . Untuk berjuta nikmat mu Ya Rahman Ya Rahim . Alhamdulillah. . Delivery type : normal Birth Weight : 3.34kg Time : 23.44pm

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Menurut Sariyanti lagi, suaminya Jep Sepahtu kelihatan sangat gusar semasa sedang menunggu kerana pada awalnya beliau agak yakin berhadapan proses kelahiran kerana mempunyai beberapa pengalaman. Namun ternyata sangkaan beliau meleset kerana walaupun telah melalui beberapa kali proses kelahiran namun setiap proses kelahiran itu realitinya sangat berbeza.

Terharu dengan pengorbanan seorang ibu yang sanggup bertarung nyawa demi anak kesayangan, rata-rata para pengikut beliau mengucapkan tahniah diatas kelahiran bayi tersebut. Para peminat juga turut mengucapkan selamat berpantang buat Sariyanti.

Sudah beberapa minggu kita menerima khabar gembira daripada para selebriti dan artis yang bertuah kerana dikurniakan rezeki zuriat dan juga kehamilan. Buat psangan yang masih menantikan rezeki zuriat, mudah-mudahan mereka juga dikurniakan zuriat pula suatu hari nanti. Amin.

Sumber: sariyanti

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.