Alhamdulillah hari ini kita sudah masuk hari ke 21 PKP sejak diumumkan oleh Perdana Mnteri pada 18 Mac yang lalu. Dengan berbaki lagi 7 hari, rakyat Malaysia mungkin sudah tidak sabar lagi untuk menghabiskan fasa kuarantin ini. Mana tidaknya, di media sosial sekarang bermacam ragam aktiviti kita boleh tengok. Sehinggakan Perdana Mnteri kita sendiri pun boleh perasan apabila beliau ada memetik mengenai para suami yang sudah mula memakai baju kelawar isteri semasa duduk dirumah dan ucapan beliau dijadikan lagu rap akibat kebosanan semasa Perutusan Khas mengenai Pakej Prihatin PKS. Memang kantoi habis.
Begitu juga dengan suami Wawa Zainal iaitu pelakon popular Aeril Zafril ini, semenjak PKP netizen mula menyedari sisi berbeza pada diri beliau. Aeril yang kita kenali selama ini sering membawa watak seorang yang serius dan berlakon sebagai hero utama dalam setiap drama lakonan beliau rupanya seorang yang sangat kelakar dan sempoi. Mula memuat naik video tiktok bersama anaknya Hayla semasa tempoh PKP, sifat dirinya yang ceria dan bersahaja sangat menghiburkan untuk ditonton.
Setiap video tiktok yang di buat pasti akan di rakam bersama anaknya Hayla. Serasi sungguh dua beranak ni. Memang gigih betul si Hayla melayankan kerenah bapaknya. Ada sahaja idea terbaru Aeril untuk merakamkan video tiktok yang lucu. Sehinggakan video beliau sering menjadi tumpuan dan netizen ternanti nanti video terbaru daripadanya.
Memuat naik video Tiktok ketawa terbahak bahak bersama anaknya Hayla bersama caption “Hmmm entahla, bila la nak habis PKP ni..” mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang terhibur dan ada yang kesian kerana memahami apa yang cuba Aeril sampaikan.
Hahahaha Aeril sesungguhnya kami memahami keadaan kamu. Sabar jela ye dah tak lama dah PKP ni. Nanti kita boleh hidup seperti biasa kembali.
Aduii dah makin p4rah nampaknya. Buat hal betul lah Aeril ni. Sampai meleleh air liur tu. Teruk sangat gelaknya. Hayla pun dah sama naik macam bapaknya juga. Kita yang tengok ni pun boleh ikut gelak sama. Walaupun dah sampai tahap keluar air liur nasib baik boleh layan lagi sebab hensem.
Dah rindu betul rasanya kan nak hirup udara segar kat luar ni. Jom lah sama sama kita berdoa supaya tempoh kuarantin ini segera berakhir dan wabak C0v1d19 ini juga hilang buat selama lamanya.
Sumber : Instagram aeril_zafrel
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.